Skip to main content

Sukan Lain

Olimpik Paris 2024: Imane Khelif Laung Allahu Akbar Selepas Layak Ke Separuh Akhir – “Saya Seorang Wanita Dan Akan Kekal Sebagai Wanita”

astro_gempak_imane-khelif-laung-allahu-akbar.png

Memetik laporan Stadium Astro, Khelif menjadi tajuk utama di seluruh dunia dan menjadi salah satu pesaing yang paling hangat diperkatakan selepas lawan wanitanya, Angela Carini, menarik diri selepas 46 saat dalam pertarungan mereka di Sukan Olimpik musim panas ini.

Bertemu wakil Hungary di suku akhir, Anna Luca Hamori, Khelif memastikan kemenangan menerusi keputusan sebulat suara untuk melangkah ke separuh akhir.

"Saya mendedikasikan pingat ini kepada dunia, dan kepada semua orang Arab dan saya memberitahu anda, 'Hidup Algeria.

Dalam pada itu, atlet berusia 25 tahun itu turut melaungkan kalimah Allahu Akbar.

"Saya telah bertinju selama bertahun-tahun dalam persatuan tinju antarabangsa yang bersikap tidak adil terhadap saya"

Pada 1 Ogos, petinju wanita Itali, Angela Carini menyerah kalah selepas 46 saat dalam perlawanan pusingan 1/8 menentang Khelif dan mengumumkan bahawa beliau akan menamatkan kerjaya tinjunya pada hari berikutnya.

Imane dibenarkan bertanding di Paris walaupun telah dibatalkan kelayakan pada Kejohanan Dunia 2023 kerana gagal ujian kelayakan jantina dan Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) mendapati kehadiran kromosom XY dan tahap testosteron yang tinggi dalam tubuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Pentinju Itali Ingin Minta Maaf Kepada Imane Khelif - “Saya Marah Kerana…”

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sebagai Transgender, Kenali Petinju Wanita Kontroversi Imane Khelif

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Atlet Wanita Itali Tarik Diri, Dakwa Petinju Algeria Seorang Lelaki

 

Sumber: Stadium Astro

Must-Watch Video

Advertisement