Olimpik Paris 2024: Ini Dia Lima Atlet Kacak Yang Jadi Perhatian, Mana Satu Pilihan Anda?
Gempak
31/07/2024 14:00 MYT
31/07/2024 14:00 MYT
Semestinya temasya sukan Olimpik Paris 2024 menjadi perhatian di mata dunia.
Tidak hanya dari segi gaya perlawanan, kekuatan dan semangat yang ditunjukkan atlet ketika bertanding, penampilan serta paras rupa mereka juga turut hangat dibicarakan.
Hashimoto Daiki
Pemain gimnastik Jepun, Hashimoto Daiki menjadi bualan gara-gara video yang merakamkan dirinya sedang menerima urutan selepas mengalami kecederaan tular di media sosial.
Tidak hanya memiliki rupa paras yang kacak, atlet ini juga telah memenangi dua pingat emas pada Sukan Olimpik Musim Panas 2020 serta perak dalam pasukan.
Fei Liwei
Atlet renang dari China berusia 21 tahun ini mendapat perhatian di media sosial kerana mempunyai badan yang tegap tetapi berwajah comel.
Nicolo Martinenghi
Kacak! Itulah perkataan yang boleh menggambarkan perenang dari Itali ini. Seiring dengan popularitinya, atlet ini juga telah pun memenangi pingat emas dalam acara 100m kuak dada lelaki, menjadikannya sejumlah tiga pingat Olimpik setakat ini.
Arthur Nory Oyakawa Mariano
Seorang lagi gimnas, iaitu Arthur Nory merupakan ahli pasukan kebangsaan Brazil.
Paling menarik, Arthur memiliki darah campuran. Bapanya adalah orang Brazil manakala ibunya pula kacukan Brazil Jepun.
Disebabkan itu, ada yang menggelarkan sebagai atlet berwajah A.I kerana terlalu sempurna.
Oh Sang Uk
Atlet lawan pedang Korea Selatan, Ok Sang Uk merupakan pemenang pingat emas Olimpik Paris 2024.
Sang Uk sebelum ini pernah menjadi tular pada Olimpik 2020 kerana memiliki wajah kacak dan tahun ini sekali lagi dirinya hangat diperkatakan atas sebab yang sama.
Bukan sekadar wajahnya, malah ketinggiannya juga menjadi perhatian iaitu 192 sentimeter (cm).

Berikut merupakan 5 senarai atlet kacak yang hangat diperkatakan di media sosial.