Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Jadi ‘Wajah’ AS, Snoop Dogg Terima Bayaran Jutaan Ringgit Sehari

Maliah Surip
08/08/2024 15:55 MYT
Rapper Snoop Dogg diketahui menjadi ‘wajah’ Olimpik Paris 2024 buat kem atlet Amerika Syarikat.

Pembabitan Dogg yang juga membawa obor pasukan AS dibayar oleh stesen televisyen NBC.

BERITA TRENDING: World Class! JDT ‘Lamar’ Snoop Dogg Untuk Hasilkan Lagu Tema Rasmi? Next Level Wey!

BERITA TRENDING: “Dulu Di Sekolah Saya Selalu Ulang Pakai Baju Snoop Dogg…Tak Sangka Sekarang Dapat Bekerjasama Dengan Dia!” – Joe Flizzow

Sejak temasya dibuka sehingga kini, Dogg dilihat berada di banyak gelanggang dan arena perlawanan yang membabitkan atlet AS.

Dia antaranya dilihat berada di arena gimnastik menyokong pasukan AS yang memenangi pingat emas serta dirakamkan memakai ‘seragam’ seperti penunggang kuda sewaktu memberi sokongan buat pasukan equestrian negara.

Dan penampilan rapper yang terkenal dengan lagu Drop It Like It’s Hot itu bukan ‘kosong’.

Seorang sumber mendedahkan bintang berusia 52 tahun itu dibayar dengan sangat lumayan untuk penampilannya setiap hari, lapor DailyMail.

Dogg didakwa menerima bayaran sebanyak $500,000 atau sekitar RM2.2 juta sehari. Malah pihak NBC turut menyediakan keperluan kecemasan jika jumlah wang yang berikan tidak cukup!

NBC menjadikan Dogg wajah Olimpik tim AS selepas rapper itu dilihat berjaya mempengaruhi ramai rakyat negara itu menyokong temasya tersebut pada edisi sebelum ini iaitu Olimpik Tokyo empat tahun lalu.

Stesen televisyen tersebut juga mendakwa pembabitan Dogg telah menaikkan jumlah tontonan terutama pada hujung minggu lalu iaitu sebanyak 35.4 juta penonton.

BERITA TRENDING: Dhabitah Sabri Pernah Cedera Di Kejohanan Akuatik Dunia, Jiggy Titip Pesanan Untuk Isteri - “Jaga Diri, Jangan Pressure & Sentiasa…”

BERITA TRENDING: Sukan Olimpik Paris 2024: Keputusan Terkini [Suku Akhir], Kedudukan Terkini Medal, Senarai Atlet Malaysia, Jadual Perlawanan, dan Info Siaran Langsung (Live Streaming)

Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini
#Penyanyi #Viral #Paris #Olimpik #Bayaran #Snoop Dogg