Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh Lakar Sejarah Sampaikan Pingat Kepada Pemenang 3m Papan Anjal
Gempak
10/08/2024 00:45 MYT
10/08/2024 00:45 MYT
Selebriti Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah peribadi apabila buat pertama kali diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat Olimpik Paris 2024 kepada pemenang acara terjun 3 meter (m) papan anjal.
Michelle, 61, yang juga pemenang Oscar, tidak dapat menyembunyikan rasa teruja beliau dengan berkongsi pengalaman tersebut melalui akaun Instagram miliknya.
Penerjun China, Chen Yiwen mengungguli saingan tersebut dengan mengumpulkan sejumlah 376.00 mata, sekali gus melayaknya untuk menyarung pingat emas.
Sementara pingat perak dan gangsa pula menjadi milik penerjun Australia, Maddison Keeney dengan mata pungutan 343.10 dan atlet China, Chang Yani, 318.75 mata.
Bagaimanapun, impian Malaysia untuk meraih pingat tidak kesampaian apabila atlet negara, Nur Dhabitah Sabri tidak berjaya meraih podium dalam aksi final acara tersebut.
Dhabitah yang bersaing dengan 11 penerjun lain menamatkan saingan di tempat ke-12 pada aksi akhir di Pusat Akuatik Saint-Dennis, Paris, pada Jumaat, dengan kutipan sebanyak 244.80 mata.Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com.
Sumber: Stadium Astro menerusi AWANI
Teruja jadi penyampai pingat
Michelle, 61, yang juga pemenang Oscar, tidak dapat menyembunyikan rasa teruja beliau dengan berkongsi pengalaman tersebut melalui akaun Instagram miliknya.
"Penyampaian pingat Olimpik pertama saya kepada salah satu sukan kegemaran saya!! Hebat!! Tahniah kepada China dan Australia! Sangat layak," ujarnya.
Majlis penyampaian pingat itu menjadi lebih istimewa bagi Michelle, yang telah lama menjadi penyokong aktif dalam sukan dan seni, dan kini turut memberi penghargaan kepada atlet-atlet bertaraf dunia.
Penerjun China, Chen Yiwen mengungguli saingan tersebut dengan mengumpulkan sejumlah 376.00 mata, sekali gus melayaknya untuk menyarung pingat emas.
Sementara pingat perak dan gangsa pula menjadi milik penerjun Australia, Maddison Keeney dengan mata pungutan 343.10 dan atlet China, Chang Yani, 318.75 mata.
Bagaimanapun, impian Malaysia untuk meraih pingat tidak kesampaian apabila atlet negara, Nur Dhabitah Sabri tidak berjaya meraih podium dalam aksi final acara tersebut.
Dhabitah yang bersaing dengan 11 penerjun lain menamatkan saingan di tempat ke-12 pada aksi akhir di Pusat Akuatik Saint-Dennis, Paris, pada Jumaat, dengan kutipan sebanyak 244.80 mata.
ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Sebagai Transgender, Kenali Petinju Wanita Kontroversi Imane Khelif
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Atlet Lawan Pedang Mesir Rupanya Hamil Tujuh Bulan – “Kali Ini Saya Bawa Peserta Olimpik Kecil”
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Ini Dia Lima Atlet Kacak Yang Jadi Perhatian, Mana Satu Pilihan Anda?
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Shooter Korea, Kim Yeji Digelar Kang Cheol Versi Wanita - “Swag! Teringat K-Drama W Two Worlds”
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: 300,000 Kondom Diberi Kepada 14, 250 Atlet
Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com.
Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini
Sumber: Stadium Astro menerusi AWANI