Olimpik Paris 2024: Netizen Turut Bersedih Aniq Kasdan Sebak Dalam Temubual Bersama Media Selepas Meraih Kedudukan Keempat Acara Angkat Berat
Ainun
08/08/2024 03:25 MYT
08/08/2024 03:25 MYT
Atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan meluahkan rasa kekecewaanya selepas kalah dalam memenangi pingat gangsa dalam acara angkat berat di Sukan Olimpik Paris 2024.
Menerusi video yang dimuat naik dari Astro Arena, reaksi sedih itu dikongsi Aniq Kasdan, 22, apabila terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024.
Menerusi video yang dimuat naik dari Astro Arena, reaksi sedih itu dikongsi Aniq Kasdan, 22, apabila terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024.
"Keputusan hari ini akan buatkan saya lebih kuat pada masa akan datang”, katanya.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut meninggalkan komen sedih selepas melihat badang Malaysia hampa dengan keputusan yang diberikan.
“Tak boleh betul orang bercakap sambil mata dah berkaca tapi suara kekal maintain macam ni.
“Sedih tengok muka dia.
“Debut Olimpik dah dapat tempat ke empat. Umur pun masih muda. Potensi dia besar. Dalam masa empat tahun, percayalah akan ada pingat olimpik yang disumbangkan anak muda bernama Aniq," tulis beberapa warganet.
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Aniq Kasdan Pecah Rekod Kebangsaan, Hanya 1 Kilogram Pisahkan Dengan Pingat Gangsa
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Henjutan Terakhir Bawa Azizulhasni Ke Pusingan Kedua, Cipta Rekod Baharu Kebangsaan
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah Sabri Layak Ke Separuh Akhir
BERITA TRENDING: Anak Perempuan Pengasas Apple, Steve Jobs Bercinta Dengan Pemenang Pingat Emas Olimpik Paris 2024
Untuk maklumat, Aniq hanya dipisahkan dengan satu mata daripada memenangi pingat gangsa dalam acara angkat berat kategori 61kilogram Sukan Olimpik Paris 2024 di South Paris Arena.
Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini