Olimpik Paris 2024: Pemain Hoki Australia, Tom Craig Ditahan Beli Dadah
Awani
09/08/2024 02:25 MYT
09/08/2024 02:25 MYT
Pihak berkuasa Perancis menahan pemain hoki Australia, Tom Craig, selepas disyaki membeli dadah jenis kokain daripada pengedar di tengah kawasan perumahan di kota Paris, semalam.
Kali terkahir atlet berusia 28 tahun itu beraksi adalah saingan suku akhir dengan menyaksikan negaranya tewas kepada Belanda 2-0.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Olimpik Australia dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan, pemenang pingat perak dalam edisi Tokyo 2021 itu telah dibebaskan tanpa tuduhan dan hanya diberikan amaran keras.

BERITA TRENDING: Bella Astillah Perlu Masa, Belum Bersedia Untuk Anak-Anak Jumpa Bekas Mentua - “Tunggu Waktu Sesuai, Saya Tak Nak Ayden Jadi Keliru”
BERITA TRENDING: Pelawak & Hos Terkenal Dalam Proses Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin
Namun, dalam satu video terbaru dia meminta maaf di atas melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab ketika mewakili negara ke temasya sukan paling berprestij itu.
"Pertama sekali saya memohon maaf. Saya telah melakukan kesilapan dan mengambil tanggungjawab penuh atas tindakan saya ini.
"Tindakan saya adalah berunsurkan peribadi dan tidak mencerminkan keluarga, pasukan, sahabat saya, sukan hoki mahupun Jawatankuasa Olimpik Australia," katanya kepada media.
BERITA TRENDING: Anak Hempuk Kepala Ibu Guna Helmet Dipenjara 5 Bulan!
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Jadi ‘Wajah’ AS, Snoop Dogg Terima Bayaran Jutaan Ringgit Sehari
Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini
Sumber: Astro Awani menerusi Stadium Astro