Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Pembawa Bendera Itali Putih Mata Cincin Kahwin Tercicir Ke Dalam Sungai – “Mudah-Mudahan Ini Petanda Saya Akan…”

Gempak
28/07/2024 10:25 MYT
Pembawa bendera kontinjen Itali, Gianmarco Tamberi, terpaksa berputih mata apabila cincin perkahwinannya tercicir ketika Upacara Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 di Sungai Seine semalam.

Cincin Kahwin Tercicir

Menurut laporan Stadium Astro, atlet lompat tinggi itu akui kesal dengan kehilangan cincin perkahwinan itu ketika upacara pembukaan yang berlangsung di sungai tersebut.

"Saya minta maaf sayang. Saya benar-benar kesal dengan perkara yang berlaku," tulis Tamberi menerusi Instagram semalam kepada isterinya, Chiara Bontempi.

Tamberi berkata dia berasakan cincin itu tergelincir dari jarinya dan melihatnya jatuh ketika Itali menyusuri Seine.

Jatuh Ke Dalam Sungai

"Saya berusaha untuk mendapatkan cincin saya semula apabila ia melantun jatuh ke ke dalam sungai.

“Jika perkara ini perlu berlaku, jika saya benar-benar terpaksa menerimanya. Saya tidak dapat membayangkan tempat yang lebih baik. Ia akan kekal selama-lamanya di dasar sungai di Kota Cinta,” tulisnya lagi.

Tamberi menjadi pilihan untuk memenangi satu lagi emas di pentas Sukan Olimpik selepas bergelar juara bersama dengan atlet Qatar, Mutaz Barshim di Sukan Olimpik Tokyo.

“Mudah-mudahan ini petanda saya akan pulang dengan pingat emas,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Risiko Letupan, Pusat-Pusat Media Ditutup Sementara

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Mewah! 10 Negara Ini Beri Ganjaran Lumayan Buat Pemenang Pingat Emas… Malaysia Turut Tersenarai

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Dua Atlet Negara Tamat Perjuangan

ARTIKEL BERKAITAN: Jurulatih Tinju Samoa Mati Mengejut Dalam Temasya Olimpik Paris 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Guna Dron Intai Latihan Lawan, Kanada Singkir Ketua Jurulatih Wanita

Sumber: Stadium Astro

#Cincin #Paris #Olimpik #Itali #Cincin Kahwin #tercicir #Sungai Seine #PARIS2024