Sukan

Olimpik Paris 2024: Guna Dron Intai Latihan Lawan, Kanada Singkir Ketua Jurulatih Wanita

gempak
Gempak
27/07/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Olimpik Paris 2024: Guna Dron Intai Latihan Lawan, Kanada Singkir Ketua Jurulatih Wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, telah disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip latihan pasukan lawan.
Perkara itu diumumkan Jawatankuasa Olimpik Kanada (COC) semalam.

Intai latihan

COC berkata ia membuat keputusan itu selepas Canada Soccer memutuskan untuk menggantung Priestman untuk baki kejohanan.
Episod itu bermula awal minggu ini apabila lawan pembukaan Kanada, New Zealand, mengadu kepada unit integriti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa selepas berkata dron diterbangkan dalam sesi latihan tertutup.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza Tersepit Antara Impian Dan Serangan Israel

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh Seru Sokongan Buat Pasukan Olimpik Pelarian, Sempat Singgah Penginapan Atlet Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Pengulas Sukan Raih Pujian Netizen Lepas ‘Palau’ Kemunculan Atlet Israel Pada Pembukaan Olimpik 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Presiden Perancis Alu-Alukan Atlet Israel, Benarkan Bertanding Di Olimpik Paris

"Jawatankuasa Olimpik Kanada telah menghantar pulang ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, daripada Pasukan Olimpik Kanada kerana penggantungannya oleh Bola Sepak Kanada," kata kenyataan COC.

"Penolong jurulatih, Andy Spence akan memimpin p untuk baki Sukan Olimpik Paris 2024," katanya.
Pengumuman itu susulan laporan daripada TSN bahawa pasukan bola sepak wanita dan lelaki Kanada telah menggunakan dron untuk merakam sesi latihan tertutup lawan selama beberapa tahun, termasuk semasa Sukan Olimpik Tokyo yang menyaksikan mereka memenangi pingat emas dalam acara wanita pada 2021.
"Sejak 24 jam yang lalu, maklumat tambahan telah mendapat perhatian kami mengenai penggunaan dron sebelum ini terhadap lawan, sebelum Sukan Olimpik Paris 2024," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan setiausaha agung Bola Sepak Kanada Kevin Blue dalam satu kenyataan.
Sumber: Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024