Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Perjalanan Bertrand Rhodict Berakhir Di Pusingan Kelayakan

Gempak
09/08/2024 11:18 MYT
Penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises, terlepas peluang ke separuh akhir acara 10 meter platform lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menamatkan saingan di tempat ke-25.

Penampilan sulung

Penampilan sulung Sukan Olimpik buat Bertrand Rhodict bermula secara rasminya sebaik dia memulakan aksi menerusi terjunan pertama untuk merekodkan 66 mata dan mengisi kedudukan 17 penerjun terbaik.

Penambahan darjah kesukaran di terjunan kedua menyaksikan anak jati Sarawak itu berjaya menamatkan pusingan itu dengan memperbaiki kedudukan kepada 16 penerjun terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Tular Menembak Satu Tangan Masuk Poket, Yusuf Dikeç: “Itu Kerja Keras 24 Tahun”

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Shooter Korea, Kim Yeji Digelar Kang Cheol Versi Wanita - “Swag! Teringat K-Drama W Two Worlds”

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Pemain Hoki Australia, Tom Craig Ditahan Beli Dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Jadi ‘Wajah’ AS, Snoop Dogg Terima Bayaran Jutaan Ringgit Sehari

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Tewas Tetapi Boleh Berlumba Lagi? Ini Maksud Repechage Dalam Acara Berbasikal


Dua terjunan berikutnya menjadi momen penting untuk Bertrand ketika pesaing lain mempertingkatkan strategi masing-masing dalam mencari lebih banyak tambahan mata

Terjunan keempat, meletakkan Bertrand dalam situasi sukar selepas darjah kesukaran 3.4 hanya menzahirkan 34 mata, kutipan terendahnya pada penyertaan kali ini.

Manakala darjah kesukaran tertingginya 3.6 pada terjunan kelima pula sekadar menawarkan tambahan 37.80 mata untuk dia kekal di kedudukan ke-25.

Bertrand kembali melakukan terjunan dalam percubaan terakhir namun perjalanan sudah berakhir apabila terlepas kedudukan 18 terbaik untuk meneruskan cabaran ke separuh akhir.

Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini

Sumber: Stadium Astro

#2024 #Bertrand #Olimpik Paris #berakhir #kelayakan #rhodict