Sukan

Olimpik Paris 2024: Tewas Tetapi Boleh Berlumba Lagi? Ini Maksud Repechage Dalam Acara Berbasikal

gempak
Gempak
08/08/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Olimpik Paris 2024: Tewas Tetapi Boleh Berlumba Lagi? Ini Maksud Repechage Dalam Acara Berbasikal
Pelumba berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak dapat meneruskan perjuangan dalam acara pecut apabila impiannya untuk memburu tiket ke suku akhir di Sukan Olimpik Paris 2024 tersekat dalam aksi pusingan repechages 1/8 malam tadi.
Bagaimanapun, pada perlumbaan peringkat 1/8, Azizulhasni ditentang hebat wakil Belanda, Jeffrey Hoogland yang memaksa pelumba negara itu ke pusingan repechage bersama dua pelumba lain Mateusz Rudyk dari Poland dan Mikhail Yakovlev (Israel).
Keputusan itu menyaksikan Azizulhasni akan melalui pusingan repechage dimana akan berlumba dengan tiga pelumba lain dalam satu perlumbaan dan perlu menang sekiranya ingin melangkah ke peringkat suku akhir.
Namun, ramai yang tertanya-tanya mengenai pusingan yang telah dilalui mereka.

BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Henjutan Terakhir Bawa Azizulhasni Ke Pusingan Kedua, Cipta Rekod Baharu Kebangsaan

​BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah Sabri Layak Ke Separuh Akhir

​BERITA TRENDING:Anak Perempuan Pengasas Apple, Steve Jobs Bercinta Dengan Pemenang Pingat Emas Olimpik Paris 2024

​BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus Terkandas Repechage Pusingan Pertama Pecut

Apa maksud repechage

Jadi, hari ini, Gempak akan kongsikan maksud repechage dalam acara sukan berbasikal kepada semua pembaca.
Menurut laman web independent.co.uk, repechage merupakan pusingan khusus bagi menentukan pelumba layak ke pusingan kedua atau suku akhir.
Pusingan itu akan menentukan pelumba yang berjaya ke pusingan seterusnya kerana hanya pemenang di tangga pertama sahaja layak ke pusingan kedua," kata mereka.
Ini bermakna, jika pelumba gagal menang di peringat pusingan pertama atau kedua, ia bererti atlet masih belum disingkirkan lagi.
Sebaliknya, mereka perlu berlumba semula dengan pelumba yang kalah dalam pusing berkenaan.
Kalah perlu lawan dengan yang kalah.
Akhirnya, pelumba yang menang akan melengkapkan senarai untuk layak ke pusingan seterusnya.
Secara keseluruhan, terdapat enam format bagi acara berbasikal dan salah satunya sprint (pecut).
Untuk info, seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak mara ke pusingan 1/16 selepas menghadapi cabaran sukar daripada Yakolev di pusingan 1/32 acara berkenaan.
Muhammad Shah kemudian turut gagal menebus kekecewaan di pusingan repechage 1/32 apabila sekadar menduduki tempat kedua dalam saringan ketiga di belakang pelumba Lithuania Vasilijus Lendel yang mara ke pusingan 1/16.
Manakala, Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus seterusnya akan turun beraksi dalam acara utama, keirin bermula Sabtu ini dan pelumba wanita Nurul Izzah Izzati Mohd Asri akan beraksi dalam acara pecut wanita bermula Jumaat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live