Olimpik Paris 2024: Peserta Triatlon Muntah 10 Kali Berenang Di Sungai Seine, Tercemar Kuman E.Coli
Gempak
01/08/2024 01:55 MYT
01/08/2024 01:55 MYT
Seorang peserta Triatlon yang telah memenangi tiga kali sukan Olimpik, Tyler Mislawchuk muntah sebaik menghabiskan cabaran dalam pertandingan yang disertai di sukan Olimpik Paris 2024.
Mislawchuk, 29, dirakam secara tidak sengaja secara langsung oleh jurukamera stesen televisyen BBC sedang muntah selepas mengakhiri cabaran di garisan penamat.
Peserta Kanada yang menduduki tempat kesembilan dalam pertandingan tersebut sebelum ini menyudahkan prinsip triatlon iaitu berbasikal sejauh 40 kilometer (km), larian 10km dan berenang 1.5km di Sungai Seine.
Dia dipercayai muntah selepas terpaksa berenang di dalam Sungai Seine yang kotor dan tercemar dengan kuman E.Coli.
Bercakap kepada pemberita, Mislawchuk mengaku muntah sebanyak 10 kali selepas menyudahkan acara yang kembali disertainya selepas mengalami kecederaan.
“Saya tidak datang ke sini untuk menjadi Top 10 tapi telah memberikan semua yang saya mampu.
“Saya muntah 10 kali dan tidak menyesal,” katanya.
Selain Mislawchuk, ramai peserta pertandingan juga dilihat berusaha mendapatkan ‘udara bersih’ terakam secara tidak sengaja oleh kamera televisyen yang bersiaran langsung.
Sebelum ini tahap kebersihan Sungai Seine sempat menjadi kontroversi selepas acara yang melibatkan lokasi tersebut terpaksa ditunda kerana kualiti air yang tercemar dengan sungai yang kotor.
Media massa juga melaporkan sehingga Jun iaitu sebulan sebelum Olimpik Paris 2024 dilaksanakan, kuman E.Coli yang terdapat dalam sungai tersebut adalah 10 kali ganda melepasi tahap kualiti yang perlu dipatuhi daripada persatuan sukan.
Bagaimanapun kualiti sungai dan kuman E.Coli tersebut didakwa sudah berkurangan dengan banyak menyebabkan pertandingan yang tertangguh akhirnya dilaksanakan.