Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Risiko Letupan, Pusat-Pusat Media Ditutup Sementara

Gempak
28/07/2024 06:28 MYT
Polis Perancis menutup sementara kawasan sekitar pusat media pada Sabtu yang membantu wartawan membuat liputan Sukan Olimpik Paris kerana "risiko letupan".

Wartawan dan orang awam telah dipindahkan dan punca risiko tidak didedahkan, lapor Agensi Anadolu.

Polis kemudiannya membuka semula kawasan itu kepada pejalan kaki dan akses ke dan dari pusat media kembali normal.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Mewah! 10 Negara Ini Beri Ganjaran Lumayan Buat Pemenang Pingat Emas… Malaysia Turut Tersenarai

Perancis meningkatkan langkah keselamatan untuk mengelakkan sabotaj baharu pada laluan kereta api.

Menteri Pengangkutan Perancis Patrice Vergriete memberitahu saluran LCI bahawa selepas serangan khianat menggunakan api pada Jumaat beberapa jam sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik, keselamatan dan pengawasan rangkaian kereta api telah ditingkatkan.

Vergriete menyatakan bahawa lebih 1,000 pekerja dan 250 pegawai keselamatan telah dikerahkan untuk memantau rangkaian kereta api, dan helikopter gendarmerie serta 50 dron telah digerakkan.

Menurut beliau, pegawai menjangkakan gangguan kepada perkhidmatan kereta api pada Ahad dan operasi dijangka kembali normal bermula Sabtu.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Guna Dron Intai Latihan Lawan, Kanada Singkir Ketua Jurulatih Wanita

BERITA TRENDING: Kecewanya, Kontinjen Malaysia Hanya Muncul 10 Saat Di TV Pada Pembukaan Olimpik Paris 2024

BERITA TRENDING: Sajjad Buat Hal Di Olimpik Paris

Beliau berkata siasatan terhadap serangan itu sedang dijalankan dan pelaku masih belum dikenal pasti. - Bernama
#Viral #Sukan #Letupan #Paris #Media #Olimpik #Ancaman #Risiko