Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Selepas Alat Sulit Terkena Palang, Anthony Ammirati Ditawar RM1 Juta Untuk Tunjuk ‘Aset’ Dalam Laman Lucah

Gempak
07/08/2024 11:55 MYT
Meskipun gagal meraih sebarang pingat, atlet lompat bergalah Perancis, Anthony Ammirati mendapat satu peluang yang boleh menjadikan beliau sebagai jutawan dalam sekelip mata.

Tawar RM1 Juta

Menurut laporan US Weekly, difahamkan sebuah syarikat hiburan dewasa, CamSoda sedia menawarkan $250,000 (kira-kira RM1.1 juta) kepada Ammirati sebagai pertukaran untuk ‘cam show’ selama 60 minit.

Naib Presiden CamSoda, Daryn Parker membuat tawaran itu kepada Ammirati, 21, untuk mempamerkan ‘asetnya’ sebagai pertukaran dengan habuan yang besar.

“Walaupun anda tidak membawa pingat emas, anda masih boleh merampas emas daripada peminat anda melalui CamSoda- itu masih dikira untuk sesuatu bukan?”

“Selain itu, anda tidak akan mempunyai seluar pendek ketat yang menghalang anda, jadi jangan ragu untuk melepaskan semuanya dan tunjukkan kepada dunia mengapa anda perlu mengadakan pertandingan Olimpik anda sendiri pada masa akan datang,” tulis pada surat tawaran tersebut.

Setakat ini, Ammirati masih belum memberi respons dengan tawaran itu yang digelar sebagai rezeki terpijak oleh sejumlah netizen di media sosial.

Terdahulu, Ammirati menjadi tumpuan dunia apabila gagal melepasi ketinggian 5.7 meter pada percubaaan ketiga gara-gara alat sulitnya terkena pada palang.

Rata-rata netizen menyifatkan insiden tersebut mencuit hati sehingga tular di media sosial.

Dia akhirnya menamatkan percubaan pada kedudukan ke-12 dalam Kumpulan A dengan ketinggian 5.60 meter.

Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com.

Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Alat Kemaluan Terkena Palang Punca Atlet Perancis Tersingkir

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Peninju India Tidak Bermaya Dua Hari Elak Makan, Minum

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Doa Isteri Mengiringi Impian AzizulHasni Awang - “Bawalah Pulang Emas Wahai Sang Juaraku”

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Menang 2 Pingat Emas, Atlet Filipina Ini Dapat Habuan Lumayan… Kondo Mewah, Bekalan Ramen Seumur Hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Pakai Bikini, 'Makan Angin' Di Disneyland, Atlet Paraguay Diarah Pulang

Sumber: US Weekly

#Atlet #Aset #Tawar #Kemaluan #1 Juta #palang #Anthony Ammirati #Laman Lucah