Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Shooter Korea, Kim Yeji Digelar Kang Cheol Versi Wanita - “Swag! Teringat K-Drama W Two Worlds”

Mya Amri
02/08/2024 11:50 MYT
Penembak wanita Korea, Kim Ye Ji merupakan antara atlet yang mendopat perhatian di Sukan Olimpik Paris 2024.

Gaya pembunuh upahan



Menariknya, Ye Ji menjadi tular selepas mempamerkan gaya seperti ‘pembunuh upahan’ ketika mengharungi acara air pistol 10 meter pada Khamis.

Dengan gaya bersahaja sambil memakai kaca mata khas dan tangan diseluk ke dalam saku, Ye Ji tanpa ragu-ragu mempamerkan aksinya persis bintang filem aksi.

W: Two Worlds, Kang Cheol versi wanita


Selain itu, reaksi wajah Yeji ketika melakukan aksi menembak juga berjaya menambat hati netizen.

Rata-ratanya menyatakan Yeji kelihatan seperti watak utama drama Korea popular, W: Two Worlds iaitu Kang Cheol.

Dalam pada itu, Yeji berjaya menggondol pingat perak di Perancis berikutan menamatkan saingan di belakang rakan sebiliknya, Oh Ye Jin.

Terdahulu, sebelum tampil di Olimpik Paris 2024 Yeji sudah mendapat perhatian saat tampil di Kejuaraan Dunia Menembak ISSF 2024 di Baku, Azerbaijan, Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Atlet Wanita Itali Tarik Diri, Dakwa Petinju Algeria Seorang Lelaki

ARTIKEL BERKAITAN:Sukan Olimpik Paris 2024: Keputusan Terkini [Suku Akhir], Kedudukan Terkini Medal, Senarai Atlet Malaysia, Jadual Perlawanan, dan Info Siaran Langsung (Live Streaming)

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Tangan Seluk Poket, Tak Pakai Cermin Mata Khas, Atlet Turki Usia 51 Tahun Ini Raih Perhatian Netizen


ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Peserta Triatlon Muntah 10 Kali Berenang Di Sungai Seine, Tercemar Kuman E.Coli

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Selepas Kalahkan Israel, Atlet Judo Tajikistan Jerit Allahu Akbar!

#Atlet #Olimpik #W Two Worlds #Olimpik Paris 2024 #K Drama #Kang Cheol #Kim Yeji