Skip to main content

Sukan Lain

Olimpik Paris 2024: Tepati Ramalan! Lee Zii Jia Mara, Tidak Berdepan Masalah Ke Pusingan 16

astro_gempak_olimpik-paris-2024_-lee-zii-jia-mara_tidak-berdepan-masalah-ke-pusingan-16.jpg
Advertisement

Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berhadapan masalah untuk mara ke pusingan 16 setelah menundukkan pemain Sepanyol, Pablo Abian menerusi aksi straight set 21-10 21-13 dalam acara badminton peringkat Kumpulan G Sukan Olimpik Paris 2024.

 

Advertisement

Kutipan mata terus jadi milik Lee Zii Jia

Dalam set pertama, Lee Zii Jia dilihat tidak perlu bermandi peluh apabila pemain lawan acap kali melakukan kesilapan mudah sekali gus menang mudah 21-10.

Set kedua pula aksi sedikit sengit menuju mata kesepuluh, namun kutipan mata sehingga ke angka 21 terus menjadi milik Zii Jia.


 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement