Sukan
Olimpik Paris 2024: Wanita OKU Eerah Burger Sanggup Datang Airport Sambut Kepulangan Lee Zii Jia, Luah Hasrat Jemput Ke Kedai Burger
Pempengaruh dan juga wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikenali sebagai Eerah Burger tidak melepaskan peluang menyambut kepulangan wira Olimpik Malaysia iaitu Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Sih Wooi Yik hari ini.
Eerah hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama bapanya, Nadzri Abdul Majid, 67.
Minat pasangan beregu wanita negara
Menurut bapanya, Eerah sangat meminati sukan badminton dan juga pemain beregu wanita negara iaitu Pearly Tan dan M.Thinaah.“Selalunya dia tonton menerusi televisywn sahaja jadi dia datang sini untuk tengok Lee Zii Jia secara live untuk beri sokongan moral.
“Sekarang masih berniaga burger di kota warisan, kalau ada peluang nak jemput Lee Zii Jia.“Perlawanan badminton memang dia tonton tak kira live pukul berapa pagi pun, Eeerah paling suka pemain beregu wanita, Pearly dan Thinaah.
“Selamat maju jaya dalam bidang badminton dan mengharumkan nama malaysia,” ujarnya mewakili Eerah.
ARTIKEL BERKAITAN:Cakra Khan Terima Kejutan Gadis OKU, Sempat Jamah Burger ‘Kahwin’ Atas Pentas!
ARTIKEL BERKAITAN:Eerah Burger Viral, OKU Bukan Penghalang Berniaga | Motif Trending
ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Apa Maksud Sebenar Isyarat Ditunjukkan Lee Zii Jia?
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Terhibur Wajah Imran Bard Persis Atlet Olahraga Olimpik Amerika Syarikat - “Muka Sama Perangai Sama”
ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Hasrat Tercapai, Lee Zii Jia Bawa Pulang Pingat Gangsa Kedua!
Saksikan video penuh Eerah di bawah:
Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini
Must-Watch Video