Acara sukan Olimpik 2020 berkemungkinan ditangguhkan hingga ke penghujung tahun ini susulan penularan wabak COVID-19, lapor Astro Awani.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Olimpik Jepun, Seiko Hashimoto sewaktu menjawab soalan di Parlimen pada Rabu.

Pada asalnya, acara sukan peringkat antarabangsa tersebut dijadualkan bermula dari 24 Julai sehingga 9 Ogos yang mana kurang daripada lima bulan sahaja lagi.



Bagaimanapun, Hashimoto berkata, pihaknya akan cuba mengusahakan yang terbaik bagi memastikan acara itu berjalan seperti dirancang.

Sementara itu, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach memberitahu, pihaknya yakin temasya itu boleh berlangsung seperti dijadualkan.

Setakat ini, Jepun sudah mencatatkan sebanyak 299 kes positif COVID-19 dengan enam rekod kematian.

Sumber: Astro Awani