HIBURAN
Sakti Jadi Imam, Duta Sheila On 7 Kena Serbu Solat Aidilfitri
Masyarakat Indonesia merayakan 1 Syawal pada 31 Mac 2025, sama seperti di Malaysia.
Antara momen menarik yang sempat dirakamkan oleh media tempatan adalah saat vokalis band terkenal Sheila On 7, Duta, diserbu usai menjalani solat sunat Aidilfitri.
Duta diketahui menjalani ibadah tersebut di lapangan Ganjuran, Condongcatur, Depok, Sleman, lapor Jogjaid.
Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, pelantun Sephia itu diserbu jemaah tidak kira usia, lelaki dan perempuan untuk merakamkan kenangan bersama.
Meski kelihatan penat, Duta yang memakai baju berwarna coklat dan putih itu tetap melayan jemaah dengan santun dan tersenyum ramah.
Selain Duta, solat Aidilfitri di kawasan tersebut menjadi lebih bermakna kerana bekas anggota Sheila On 7 iaitu Ustaz Salman Al-Jugjawy atau Sakti menjadi imam dan khatib.
Duta selama ini memang dikenal sebagai public figure yang sangat sederhana. Suami Adelia Lontoh itu juga dikenal aktif dalam bermasyarakat.
Must-Watch Video