Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Pemain Hoki Australia Potong Jari Demi Ke Sukan Olimpik

Gempak
19/07/2024 09:55 MYT
Pemain hoki Australia telah memotong sebahagian jarinya bagi membuktikan dedikasi terhadap Sukan Olimpik.

Matthew Dawson bakal mewakil skuad hoki Australia, The Kookaburras di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas memilih untuk untuk memotong sebahagian jari manis kanannya.

Potong jari

Penglibatan Dawson di pentas Sukan Olimpik mencetus keraguan selepas dia patah jari, menyebabkan dia memilih untuk amputasi berbanding menangguhkan pembedahan.

“Saya telah diberikan maklumat dan pakar bedah telah menjelaskan kepada saya bahawa masa pemulihan tidak mencukupi untuk saya membuat penampilan di Paris nanti.

“Pilihan terbaik untuk saya adalah untuk memotong sebahagian daripada jari itu. Ia mungkin satu perubahan yang perlu saya lalui namun saya melihat sebagai satu cabaran yang menarik,” kata Dawson kepada 7NEWS.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris: Perancis Dikutuk Gara-Gara Larang Atlet Wanita Berhijab

ARTIKEL BERKAITAN: Busana Perarakan Kontinjen Malaysia Di Olimpik Paris Elegan, Diperkenal Rabu Depan!

ARTIKEL BERKAITAN: Pangsapuri Mewah Bernilai RM1 Juta Menanti Pemenang Emas Olimpik

ARTIKEL BERKAITAN: Busana Kontijen Mongolia Untuk Paris 2024 Pula Raih Perhatian… Siapakah Pereka Di Sebalik Seragam Cantik Ini?

ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian Rasmi Kontinjen Paralimpik Malaysia Ke Paris 2024 Dilancarkan! Netizen Bagi Reaksi Positif – “Baju Cantik!"

Pemain berusia 30 tahun itu dilaporkan tidak mempunyai banyak masa untuk membuat keputusan besar itu.

“Saya telah membuat keputusan dan kemudian saya menghubungi isteri saya, dan dia berkata, 'Saya tidak mahu anda membuat keputusan terburu-buru', tetapi saya mempunyai semua maklumat yang saya perlukan untuk membuat keputusan itu bukan untuk Paris tetapi untuk kehidupan selepas tamat karier.

“Mudah-mudahan, saya tidak boleh mengambil masa terlalu lama untuk kembali ke tahap terbaik,” katanya.

Pasukan hoki Australia sudah bersedia untuk menentang juara Rio 2016, Argentina minggu depan dalam perlawanan pertama Olimpik Paris pada 27 Julai.

Sumber: Stadium Astro

#Australia #Atlet #Olimpik Paris 2024 #Potong Hari