Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

OMDV Makin ‘Panas’, Sentuh Isu Pedofil, Bomoh Di Sebalik Persaingan Sertai Program Realiti

Maliah Surip
11/09/2023 12:50 MYT
Siri One Million Dollar Voice atau OMDV memaparkan siri fiksyen yang diilhamkan oleh kisah-kisah benar di sebalik tabir pembikinan pertandingan realiti nyanyian nampaknya semakin ‘panas’.

Selepas beberapa episod ditayangkan, OMDV kini semakin mendapat perhatian apabila plot cerita yang disusun semakin mendebarkan dan ‘dekat’ dengan isu sekeliling.

Selain memaparkan dilema atau masalah yang dialami setiap peserta, OMDV dilihat lebih berani apabila memasukkan ‘kisah benar’ yang terjadi termasuk sikap mahu menang menerusi cara syirik atau menggunakan bomoh selain isu salah seorang peserta yang dituduh sebagai pedofil.

Persoalannya, adakah benar Daim yang dimainkan oleh Naufal Azrin seorang pedofil?

Jangan ketinggalan untuk terus menonton OMDV yang akan mengejutkan penonton dengan lebih banyak plot menarik.

One Million Dollar Voice mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.

Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun. Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta.

Antaranya Ali yang dimainkan oleh Ben Amir yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis.

Manakala Zana yang dilakonkan oleh Amelia Henderson ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut.

Joe yang dimainkan oleh Lah Ahmad perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya. Begitulah kisah-kisah yang bakal menyulami naratif One Million Dollar Voice kelak.

One Million Dollar Voice membariskan nama-nama hebat and popular dunia hiburan Malaysia termasuk Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee, Zarul Umbrella serta nama-nama baharu seperti Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol, Layla Sania dan ramai lagi.

Drama ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden.

One Million Dollar Voice ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 28 Ogos 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

BACA: Singkap Realiti Belakang Tabir Dalam One Million Dollar Voice​

BACA: Baru Je Mula Tapi Ramai Yang Dah Suka! Ini 7 Karakter Utama Dalam Drama One Million Dollar Voice​