Walaupun baru dua episod disiarkan, namun drama yang memaparkan kisah-kisah di sebalik pembikinan rancangan realiti nyanyian iaitu One Million Dollar Voice mendapat respon positif netizen.

Berikut merupakan pengenalan tujuh watak utamanya.

#Lah Ahmad sebagai Joe
Joe dilakonkan oleh Lah Ahmad merupakan seorang suami yang desperate untuk menyertai pertandingan realiti ini kerana takut isterinya menganggap dia seorang suami yang tidak berguna.


#Emma Maembong sebagai TJ
Merupakan seorang penerbit yang mempertaruhkan kehidupan peribadinya demi mempertahankan reputasi program nyanyian itu.


#Tracie Sinidol sebagai Aida

Aida terpaksa mengorban keinginan demi mengikut kehendak ibunya iaitu Hasnah untuk menyertai program nyanyian berkenaan.


#Neeta Manis sebagai Sheila
Sheila merupakan seorang wanita yang sangat mempercayai ilmu kurafat, dia menganggap ilmu itu dapat membantunya untuk mendapatkan tempat dalam pertandingan itu.


#Amelia Henderson sebagai Zana
Agak mencabar buat Amelia kerana watak Zana merupakan seorang pelacur yang cuba untuk melepaskan diri dari kancah dunia gelap dengan cara mencuba nasib dengan menyertai program realiti berkenaan.


#Ben Amir sebagai Ali
Ali iaitu seorang penggali kubur moden nekad memasuki program realiti nyanyian untuk mengubah dirinya demi bakal isteri.


#Layla Sania sebagai Bella
Antara watak yang agak menarik dalam drama ini iaitu Bella, seorang Influencer cantik tapi bimbo yang taksub dengan populariti.

Menariknya lagi, drama ini juga turut menampilkan beberapa selebriti tanah air sebagai bintang jemputan Ayda Jebat, Ceddy Ang, Ara Johari, Cat Farish, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Penerbit dan pengarah One Million Dollar Voice iaitu Michael Ang juga tidak ketinggalan membintangi drama ni sebagai salah seorang juri jemputan untuk episod ujibakat program nyanyian.

Rata-rata penonton juga memberikan maklum balas yang positif untuk drama One Million Dollar Voice ini.

Mereka juga menyatakan rasa tidak sabar untuk mengetahui kisah lanjut semua karakter yang ada dalam drama ini.

Dijangkakan akan ada banyak plot yang tidak dapat diagak.

Drama ini juga ternyata agak berbeza dengan drama-drama yang sedang ditayangkan sekarang.

Persembahan visual yang baik disertakan juga dengan lakonan mantap para pelakon, boleh dikatakan setaraf drama-drama netflix.

Plot drama yang banyak dan tidak membosankan membuatkan penonton ternanti-nanti apa yang akan jadi pada episod yang akan datang.

Saksikan One Million Dollar Voice setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama ini juga boleh distrim menerusi aplikasi On Demand di Astro Box dan juga Astro Go.