Hiburan

Onew Janjikan Kejutan Buat Peminat Sempena Fanmeeting Solo Perdananya, Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia

Gempak
17/05/2024
14:55 MYT
Mengulit karier sebagai salah seorang anggota SHINee selama 16 tahun, Lee Jinki atau lebih dikenali dengan nama pentas Onew bakal bertemu dengan peminat tempatan menerusi fan meeting solo perdananya, Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia pada 27 Julai depan.
Bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, fan meeting yang dibawakan oleh MND Sport & Event Sdn Bhd & JS Concert Productions tersebut bakal menjadi acara terindah buat peminat yang sekian lama menantikan kehadiran Onew ke Malaysia.

Kejutan

Onew dalam satu mesej ringkas turut tidak sabar untuk bertemu dengan penggemarnya dan menjanjikan kejutan buat peminat yang setia menyokong kerjayanya sebagai penyanyi.

"Jumpa anda di Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia. Ada kejutan menanti anda dan saya tidak sabar untuk bertemu anda,” katanya.

Sementara itu, wakil dari MND Sport & Event Sdn Bhd., Harith Daniel berkata, pihaknya berasa teruja dan berbesar hati membawakan penyanyi kelahiran Korea Selatan itu untuk bertemu peminat di Malaysia.
"MND Sport & Event Sdn Bhd & JS Concert Productions sangat teruja dan berbesar hati untuk membawa Onew buat kali pertama dalam sejarah penglibatan dia selama 16 tahun dalam kerjaya untuk menghadiri fan meeting ini dan beramah mesra dengan peminat di Malaysia.
"Kami berbangga memperkenalkan Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Malawati pada 27 Julai 2024 sebagai acara yang tidak akan dilupakan oleh semua peminat tentang pertemuan utama ini.
"Sebagaimana terujanya peminat untuk beramah mesra dan bertemu Onew buat kali pertama di Malaysia, kami sebagai penganjur akan memastikan bahawa Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia memenuhi jangkaan temu janji pertama anda dengan sepenuh hati," katanya.

Tiket

Dengan pelbagai pencapaian yang telah diraih sejak debut pada 2008, MND Sport & Event Sdn Bhd percaya Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia bakal mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang telah lama menunggu kehadiran solo Onew.
Tiket dengan kategori dan harga (CAT 3 - RM258), (CAT 2 - RM358), (CAT 1 - RM558), (SEAT - RM858) & (VIP Soundcheck - RM988) boleh didapati melalui www.myticket.asia.

ARTIKEL BERKAITAN: Menang Oscar, Tinggal Di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh Tetap Malaysian! - “Kami Hidup Saling Mencintai Semua Budaya”

ARTIKEL BERKAITAN: Di Sebalik Debut Solo Cha Eun Woo, Jelajah Bertemu Peminat & Perancangan Karier Sepanjang 2024

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

A.R Rahman Cerita Momen Nostalgia Jumpa Mendiang Michael Jackson, Hampir Rakam Lagu Bersama - "Sayangnya Dia Pergi Lebih Dahulu"

gempak
09/07/2024
15:41 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal India, A.R Rahman berkongsi momen nostalgik bersama Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson ketika hayatnya sekitar 15 tahun lalu.
Laman Utama

Menang Oscar, Tinggal Di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh Tetap Malaysian! - “Kami Hidup Saling Mencintai Semua Budaya”

gempak
19/04/2023
04:55 MYT
Tan Sri Michelle Yeoh adalah penerima anugerah tertinggi Oscar edisi terkini.
Laman Utama

Minho Belajar Ambil Gambar Dengan Jurugambar Profesional Demi Mendalami Watak Dalam The Fabulous

gempak
24/12/2022
13:50 MYT
Cara Minho dalami watak
Artis Korea

“Finally, Prince Is Back!” – Tamat Khidmat Tentera & Sedikit Berisi, Ini Wajah Terkini SHINee Minho

gempak
16/11/2020
09:10 MYT
Pelakon dan anggota kumpulan K-Popp SHINee, Minho akhirnya telah menamatkan latihan khidmat ketenteraanya pada Ahad.
Asia

SuperM Siap Tampil di The Ellen DeGeneres Show

gempak
02/10/2019
09:57 MYT