HIBURAN
Opai Dipuji Tak Tinggal Solat, Siap Sediakan Ruang Untuk Pekerja! Netizen Sifatkan Fatin Afeefa Untung - “Manusia Boleh Berubah…”
Usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Aliff Awang menjadi perhatian netizen selepas menyediakan ruangan untuk menunaikan solat fardhu buat petugas yang bekerja.
Tak lupa tunai solat
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau lebih mesra disapa Opai ini mengingatkan para petugas supaya tidak lupakan menunaikan solat.
“Solat adalah kejayaan. Tanda kita berjaya bukan pada berapa juta kita buat.
“Tapi tanda kita berjaya adalah bila kita tinggalkan perkara dunia, hanya semata-mata kerana Allah dan bersujud kepada-Nya,” tulisnya.
Opai suami yang baik
Dalam pada itu, di ruangan komen pula rata-rata netizen memuji suami kepada pelakon, Fatin Afeefa itu.
Mereka menyatakan Fatin beruntung kerana mempunyai suami yang mendahulukan kewajipan sebagai hamba Allah.
Berikut merupakan video penuh Opai:
@aliff_awang Solat adalah kejayaan. Tanda kita berjaya bukan pada berapa juta kita buat. Tapi tanda kita berjaya adalah bila kita tinggalkan perkara dunia, hanya semata mata kerana Allah SWT dan bersujud padaNYA♬ original sound - Opai Alpiaw
Must-Watch Video