Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Oppa Popular Dari Korea Jadi Duta Baru CUCKOO? Hey Kpopers Jom Teka Siapa!

Syafiqah Jalal
30/03/2022 10:45 MYT

Jenama terulung peralatan rumah Korea Selatan, CUCKOO bakal memperkenalkan duta jenamanya untuk 2022 iaitu yang akan menghiasi kempen dan promosi CUCKOO.

Jika sebelum ini CUCKOO memperkenalkan bintang popular dari Korea iaitu Rain Jung Ji Hoon sebagai duta, siapa pula untuk tahun ini?

Dengarnya, duta baru CUCKOO kali ini seorang ‘oppa’ dari Korea juga! Bukan sebarang ‘oppa’, bintang Korea itu dikatakan seorang aktor popular dalam dunia lakonan sekitar tahun 2015 dan 2016?

Sebelum diperkenalkan secara rasmi pada 1 April ini, CUCKOO telah memberi bayangan dengan menyenaraikan cir-ciri duta terbaharunya.

Bintang Korea itu dilahirkan pada 22 Jun 1987 dan bermakna tahun ini dia berusia 35 tahun? Selain itu, dia mempunyai tubuh badan ala-ala model apabila ketinggiannya agak luar biasa iaitu 187 sentimeter!

Menariknya, seperti yang dikatakan tadi dia merupakan pelakon hebat selepas memenangi pelbagai anugerah pelakon terbaik termasuk anugerah populariti seperti Most Popular Actor 2015, Top Ten Star Award 2016 dan banyak lagi!

Terbaharu dia memenangi pelakon terbaik tahun 2020! Wah berbakat dan popular sungguh duta baru CUCKOO ni.

Jadi Kpopers, korang dah dapat teka belum siapa oppa yang jadi duta baru CUCKOO ni? Nak tahu betul atau tidak tekaan korang tu, nantikan pengumuman duta baru CUCKOO pada 1 April ini!

Ha, kalau nak dapatkan bayangan lagi, korang tengok sendiri video teaser duta baru CUCKOO di bawah ini:

:

#pelakon #Duta #Kpop #Korea #Artis #Cuckoo #Bintang #KPopers