Hiburan
"Orang Baik Ramai Yang Sayang" - Alif Satar Terharu Jiran Tertangga Bantu Isteri & Anak - Anak Di Rumah
Selebriti serba boleh, Alif Satar bersyukur kerana dikurniakan jiran tertangga yang baik hati.
Menurut Alif, sepanjang isteri Sha Dila Halid dan anak-anak, Alisha Anugerah, Ariana Mecca, serta Muhammad Ali menjalani kuarantin, komuniti perumahannya yang membantu menguruskan dari segi keperluan.
"Alhamdulillah komuniti jiran tetangga Alif sangat supportive, memahami dan membantu dalam kesusahan.
"Alif sangat terharu. Jiran-jiran Alif tau tentang situasi keluarga Alif sekarang dengan isteri dan anak-anak Alif perlu kuarantin.
"Dorang semua tawarkan bantuan, nak tolong buang sampah lah, tolong hantar makanan lah ini baru betul," tulisnya.
Perkongsian yang dibuat di Instagram (IG) itu turut dimuat naik foto bungkusan makanan yang digantung di pintu gril.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar mendoakan agar insan yang membantu itu akan dimurahkan rezeki.
"@syiha_othman: Inilah namanya rezeki yang tak disangka-sangka. Bila kita baik, kita akan dikelilingi dengan orang yang baik-baik juga. Allah tunjukkan satu nikmat di sebalik ujian. Alhamdulillah.
"@zalinaahmad374: Alhamdullilah rezeki juga tu dapat jiran yang baik.
"@nazureenaida: MasyaAllah, semoga mereka yang membantu tu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Saya hanya mampu berdoa ja dari jauh semoga dipermudahkan segalanya buat Alif Satar, isteri, anak-anak dan keluarga!
"@rose_raisha_ryyan: Orang baik ramai yang sayang. Semoga cepat sembuh Alif dan keluarga serta pesakit Covid yang lain. Semoga Allah melindungi kita semua. Amin," antara komen-komen ditinggalkan.
Alif yang disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu, manakala isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad Ali, 1, bebas dari jangkitan virus tersebut.
Pelantun lagu Cukup Indah itu dijangka discaj dari Hospital Melaka pada 3 Disember ini.
Must-Watch Video