Pada awal tahun ketika Naim Daniel muncul juara dalam pertandingan Juara Lagu, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menyuarakan pendapatnya yang kurang enak didengar terhadap Naim.

Namun perkara tersebut dijawap dengan penuh berhemah oleh pelakon dan penyanyi muda berbakat besar ini dalam satu muat naik di Instagram miliknya.

Baca: "Siapa Jadah Ni? Semak Stage Konon Juara? Pok*m*k Kau Lah!" - Diva AA Tak Kenal Juara AJL34, Ini Jawapan Naim Daniel

Ketika itu Twitter dan Instagram menjadi tempat 'berperang' antara peminat Naim dan Diva AA. Akhirnya, Diva AA tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya terhadap Naim.

Baca: "Orang Ingat Saya Hina Dia Tapi..." - Label Naim Daniel Sebagai Sangkak, Azwan Ali Tampil Beri Penjelasan!

Terbaru di Instagram milik Naim, dia memuat naik kembali segala keratan yang berlaku, termasuklah video dia bersama Diva AA yang turut mempromosikan sedikit single terbaru yang bakal keluar daripada Naim yang bertajuk 'Purnama'.

"Kasih dan sayang akan sentiasa menang," ringkas sahaja kapsyen yang ditulis oleh Naim pada video tersebut.

kasih dan sayang akan sentiasa menang - @divaazwanaliofficial ? #purnamanaim

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on


Ramai netizen yang memuji sifat dan sikap Naim yang sentiasa menghormati orang lain biarpun pada awalnya dia dikatakan diperlekeh oleh Diva AA.



Ketika ini Naim dalam persediaan untuk mengeluarkan single terbarunya yang berjudul 'Purnama' selepas berkolaborasi bersama dengan pemain gitar handalan Malaysia, Man Kidal dalam lagu 'Sembah'.