Berita

Orang Dah Bertunang, Tapi Netizen 'Galak' Komen Bukan-Bukan, Ini Pesanan PU Syed...

gempak
ZULHILMI JALIL
07/11/2020
06:39 MYT
Sponsor Banner
Orang Dah Bertunang, Tapi Netizen 'Galak' Komen Bukan-Bukan, Ini Pesanan PU Syed...
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menegur tindakan segelintir netizen yang seolah-olah bertindak di luar batasan dalam memberikan komen mengenai hubungan orang lain.
Menurut PU Syed, lebih tidak manis apabila hubungan tersebut diperkatakan ke atas wanita yang sudah disunting lelaki atau bergelar tunangan orang.
"Bila seorang wanita, tak kiralah artis atau bukan artis itu telah sah dirisik atau bertunang dengan seseorang, maka jagalah tutur dan adab kita agar tidak bergurau-gurau dengan mengatakan itu dan ini tentang dirinya.
"Ada yang galak sangat duduk up status konon-kononnya 'jika dia adalah lelaki yang menjadi pilihan wanita tersebut' dan macam-macam lagi...pasti akan jadi itu dan ini," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Menurutnya lagi, sepatutnya kita perlu sentiasa mendoakan kebaikan atas berita gembira saudara yang mahu mendirikan sebuah hubungan yang diredai-Nya.
"Bila kita nampak kebahagiaan pada saudara kira, doakan kebaikan buat mereka. Bukan kita cemburu atau iri hari dengan nikmat yang mereka perolehi.
"Satu lagi, dalam hidup ini ada benda yang boleh dibawa bergurau, tapi kenalah berpada-pada," pesannya.
Begitupun, PU Syed tidak menyebut nama mana-mana individu yang dikaitkan dengan isu wanita bertunang yang dimaksudkannya itu.
Namun di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang diutarakan PU Syed itu.
"Betul tu ustaz, jodoh ajal, rezeki, semua dah tertulis. Berpada-pada memuja manusia.
"Saya tersangat sokong kat ustaz, benda dah lepas kenapa nak ungkit balikkan," komen sebahagian pengikutnya.
Sebelum ini, kisah Neelofa dirisik PU Riz mencuri tumpuan netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live