,
Hiburan

"Orang Ingat Abang Jahat, Saya Wanita Teraniaya" - Posting IG Lisdawati Bukan Untuk Fauzi!

Amri Hassan
29/09/2020
05:50 MYT
Pelakon Lisdawati menjelaskan status Instagram yang dimuat naik baru-baru ini hanya menceritakan soal komunikasi dalam keluarga dan bukan berkaitan keretakan rumah tangga.
BACA: "Adakah Perlu Diam...Makan Hati Atau Bersemuka?" - Lisdawati
Kata Lisdawati, perkongsian itu sebahagian daripada ilmu yang diperoleh ketika membintangi drama bersiri Light & Love terbitan Nurflix baru-baru ini.
"Dalam kehidupan kita adakalanya kita tak sedar ada individu yang terguris dengan kita dan mungkin akan bercakap belakang. Situasi itu kita tak sedar.
"Saya pun ada keluarga yang besar yang mana saya sendiri pun ada masalah komunikasi. Jadi, entri itu adalah nasihat untuk diri saya dan semua orang jika ada masalah apa patut buat, nak simpan, jaga hati atau perbetulkan.
"Bila ada masalah dengan saya datang cakap depan-depan, bukan cakap belakang," katanya yang berjaya menyelesaikan masalah antara keluarga dalam tempoh kurang tiga hari.
Tegas Lisdawati, hubungannya dengan suami Fauzi Nawawi masih baik biarpun dilanda beberapa kontroversi sejak akhir-akhir ini.
"Dengan abang Alhamdulillah cintan-cintun!...
"Orang selalu memandang saya memegang watak lembut manakala abang Fauzi watak antagonis. Orang menyifatkan abang sebagai orang yang suka buat perangai, saya pula wanita yang selalu teraniaya.
"Tapi, Alhamdulillah, hubungan saya dan abang sangat baik dan kami saling memahami. Jadi, semua kisah yang tersebar, saya anggap sebagai ujian yang perlu tempuhi.
"Sebagai seorang isteri, saya percaya ujian itu bukan datang saja-saja tapi ia untuk menguatkan hati saya berdepan ujian pada masa akan datang," katanya.
Kata Lisdawati, hubungannya dengan Fauzi bertambah utuh selepas melahirkan anak keempat yang kini berusia dua tahun.
"Ketika mengandung anak keempat, saya merasakan melalui fasa saya kembali bercinta dengan abang," katanya.
Lisdawati, 42, mendirikan rumah tangga dengan Fauzi yang juga pelakon dan pengarah pada 9 September 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.
Fauzi turut memiliki empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nurul Hainil Fatihah, Fareez Hazwan, Nurul Hana Farisya dan Mohd Fikri Hakimi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Viral

"Saya Tiada Niat Nak Menggoda Sesiapa" - Adib Bananadibs

gempak
03/09/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan muda, Adib Bananadibs tidak terfikir foto bersinglet yang dikongsikan di platform media sosialnya punyai niat tersembunyi.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Sukan

Safee Sali Bangga Muncul Di IG Rasmi FIFA World Cup – “Walaupun Server Hanya Untuk Malaysia…”

gempak
25/08/2024
10:30 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali meluahkan rasa bangga apabila nama dan gambarnya dimuatnaik oleh akaun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) World Cup, baru-baru ini.
Sukan

Ronaldo Kumpul 9.71 Juta Pengikut Sehari Buka Saluran YouTube, Beri ‘Hint’ Sudah Kahwin

gempak
22/08/2024
02:55 MYT
Pemain bola sepak terkenal dunia yang kini merupakan kapten pasukan Al Nassr di Arab Saudi, Christiano Ronaldo baru sehari melancarkan saluran YouTube.
BorakSeeni