“Orang Kata Besar Periuk, Besarlah Keraknya” - Respons Awal Ashaari Ini Dipertikai Netizen
Umirah Halim
15/05/2024 09:55 MYT
15/05/2024 09:55 MYT
Tampil lantang mempertahankan diri mengenai isu boikot Blockout 2024 yang membabitkan dirinya, respons pengacara Awal Ashaari terima pelbagai reaksi daripada netizen.
Netizen pertikai komen Awal
Menerusi tangkap layar komennya yang dimuatnaik semula oleh salah seorang pengguna X, netizen telah mempertikaikan respon Awal yang seolah-olah tidak berpendirian tetap.
“Lagi sekor. From acah kerja dia sokong jenama zionis sama level dengan petani membanting tulang to justify sokong jenama zionis dengan kerak dia banyak sebab periuk dia besar. Luxury bukan percuma.
“Like first of all, your luxury goods are funding a genocide. U work hard for that?,” soal seorang warganet.
Reaksi netizen
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat pelbagai reaksi daripada netizen.
Ada yang mengecam dan ada juga yang menulis kata-kata positif buat Awal.
“Sesungguhnya rezeki itu milik Tuhan.
“Masing-masing bukan nak menegur sangat lebih kepada buat kerja tuhan. Nak tegur, tegur berhikmah jangan sampai menghina-mengutuk-mencaci. Benda yang buruk bukan di gantikan dengan benda yang buruk. Nak masuk syurga? Habluminallah Habluminannas.
“Kenapa korang tak block je terus? Tak payah cakap apa-apa tapi biasa lah kena buli dan kutuk dulu baru puas hati.
“The only struggle yang aku boleh terima bila kau memang dari background seorang yang zero base, semua kau climb up sendiri, kekadang borak struggle ni, padahal mak bapak berduit je,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Awal tampil lantang memberi respons susulan nama nya dan isteri Scha Al Yahya tersenarai di dalam nama selebriti yang perlu dboikot di dalam sebuah hantaran aktres, Wardina Safiyyah.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Awal rasa terkilan dan telah menyifatkan tindakan yang dibuat Wardina seolah ingin menyebarkan kebencian terhadap mereka dan warganet.
Untuk info, susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin di serang oleh tentera Israel, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout 2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Mereka meluahkan rasa kecewa berikutan ramai artis tempatan yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.
Warganet juga dilihat kesal berikutan selebriti-selebriti tersebut didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.