,
Hiburan

Orang Kenal Sebab Lagu Lepaskan, Wanna Ali Pasrah Rezeki Bukan Bidang Nyanyian... "Sekurang-Kurangnya Orang Ingat Saya Pernah Menyanyi"

Amri Hassan
12/06/2020
23:13 MYT
Bintang Ada Apa Dengan Dosa, Wanna Ali akur seandainya rezeki dalam bidang nyanyian kurang menyerlah berbanding lakonan.
Jelas Wanna, sejak dua tahun lalu fokusnya lebih tertumpu pada bidang lakonan dan model iklan.
"Ya, orang kenal saya melalui lagu Lepaskan. Jadi, orang tahu kewujudan saya dalam industri nyanyian sekurang-kurangnya.
"Untuk serius merakamkan single untuk diri sendiri belum ada perancangan lagi, mungkin rezeki saya lebih pada berlakon," katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Wanna tidak terkilan memandangkan dia sudah pernah merakamkan lima buah single termasuk sebuah lagu bersama penyanyi Indonesia, Adista berjudul Di Tinggal Lagi.
Wanna dalam pada itu bakal menyanyikan lagu Payung Terjun untuk runut bunyi sebuah filem yang akan ditayangkan tahun 2021.
Sementara itu, Wanna kini giat mempromosikan filem lakonannya Ada Apa Dengan Dosa yang kini ditayangkan di Astro First.
Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan kehidupan seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga freethinker bernama Aurora (Wanna Ali) yang mendapat tahu identiti sebenarnya dari keluarga beragama Islam.
Lebih mengejutkan apabila Aurora adalah seorang anak luar nikah hasil daripada keterlanjuran perbuatan seorang pendakwah dan ibu kandungnya.
Kesannya, Aurora hampir membunuh diri namun kehidupannya berubah selepas bertemu dengan Khaliq (PU Riz).
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First (480) sejak 4 Jun.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Anak Dituduh Jadi Penyondol Fattah-Fazura, Ayu Puteh Tampil Pertahankan Wanna Ali - “Kalau Tak Suka Pun Janganlah Sampai…”

gempak
14/09/2024
12:55 MYT
Penerbit, Datuk Ayu Puteh meluahkan rasa kesal apabila anaknya iaitu pelakon Wanna Ali teruk dikecam netizen gara-gara berkongsi foto bersama aktor Fattah Amin.
Hiburan

Dituduh Jadi Penyondol & Tak Sensitif Isu Rumah Tangga Fattah Amin-Fazura, Wanna Ali Jawab: “Saya Tak Ada Niat Langsung…”

gempak
13/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Wanna Ali tampil menjelaskan perkongsian foto bersama aktor Fattah Amin sudah ditetapkan jadual pada malam tadi untuk dikongsikan di Instagram miliknya hari ini.
Hiburan

Kongsi Gambar Dengan Fattah Amin, Netizen Anggap Wanna Ali Tak Sensitif - “Kalau Awak Ambil Berat Fasal Kak Fazura & Hormat Dia, Tolong Delete”

gempak
13/09/2024
06:55 MYT
Gara-gara memuat naik foto bersama hero gandingan, Fattah Amin di Instagram, pelakon Wanna Ali dikritik netizen yang beranggapan perkongsian itu tidak bersesuai dengan waktu sekarang.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.