BERITA
"Orang Lain Jaga Anak Kita Belum Tentu Ikhlas Macam ....." - Syatilla Melvin Harap Tak Hamil Dalam Masa Terdekat
Pelakon Syatilla Melvin mengakui anak-anaknya merupakan punca rezeki yang tidak ternilai bagi dirinya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Syatilla menjelaskan sebagai seorang ibu dia risau untuk meninggalkan anak-anaknya pada pengasuh bagi memenuhi tuntutan kerjanya.
"Aku harap dalam masa tedekat ni aku tak pregnant lagi. Bagi mak-mak keluaq kerja cari duit kaw-kaw dulu, tapi tulah, lagi ramai anak-anak lagi melimpah ruah rezeki Allah bagi.
"Anak-anak punca rezeki yang tak putus! Anak tu sendiri rezeki yang tak ternilai tapi tulah jugak, bila ada anak kecik nak tinggai pergi kerja tak sampai hati.
"Orang lain jaga anak kita belum tentu ikhlas macam kita jaga. Aku tak percaya orang lain jaga anak aku selain diri sendiri! Tapi moment anak-anak membesar depan mata ni sat ja.
"Once depa dah besaq kita mesti nak depa jadi kecik balik tapi bila kecik, ya ampunnnn aku darah tinggi. Kalau diberi pilihan antara nak hidup miskin atau anak-anak sihat selamat, aku pilih untuk hidup miskin," tulisnya.
Tambah Syatilla dia mengakui kagum dengan kejayaan yang diperolehi oleh sahabatnya, pelakon Hanis Zalikha dalam menjalankan perniagaan.
"Sebenarnya nak cakap tahniah ja dekat @haniszalikha atas kejayaan dia dalam setiap bussiness dia. Aku doakan kau terus berjaya dan murah rezeki Keknis," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Syatilla dan mendoakan agar dia sekeluarga dimurahkan rezeki.
Syatilla Melvin dan suaminya, Shaheizy Sam telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, 2, dan Sarima Samheizy, empat bulan.