Berita
"Orang Mimpi Mak Semasa Di Set Shooting" - Sheila Mambo Kongsi Kisah Rindu Arwah Emak
Pelakon Sheila Mambo akui sedang berusaha untuk menyesuaikan diri menjalani kehidupan tanpa emaknya, Allahyarhamah Aishah Nyak Adam yang meninggal dunia pada awal Februari lalu.
Menerusi beberapa entri terbaru akaun Instagram (IG)nya jelas menunjukkan hari-hari yang berlalu tanpa kehadiran emak tersayang ternyata amat sukar bagi Sheila.
Sheila yang berkongsi luahan rasa rindu terhadap emaknya itu memohon diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan harian.
"Waktu yang sama, 5.15 petang 14 hari yang sudah, mak pergi menemui Allah dalam usia mak yang akhir 79. Sehingga harini orang tak boleh hindari perasaan yang susah hendak di luahkan ini.
"Hari-hari teringatkan mak tercelik mata, terjaga tengah malam terus orang doakan untuk mak. 16hb yang sudah orang mimpi mak semasa diset shooting, orang pergi seawal 6 pagi ke Kuala Selangor dan orang tidur jap, terasa sejuk jer disebelah masa tengah tidur rupanya mak, sejuk jasad mak. Orang sapa mak, mak bangun wuduk dan solat dhuha mungkun.
"Orang tengok mak baring semula. Orang tanya mak kalau mak bosan dekat set shooting, orang call atan datang amik, mak hanya gelengkan kepala dan mak tidur balik.
"Kemudian orang terjaga bila ada yang kejutkan suruh tukar baju untuk shoot. Allahuakbar. Hilang sekejap rindu. Ecah yang susah nak terangkan tentang mak takda. Dia masih mengharap 'tok bangun'.
"Dia banyak berontak kata 'tok tipu, tok janji nak sihat nak pergi jalan-jalam dengan ecah!' sambil berkata 'takmo kawan dengan tok! itulah kata-kata ecah di kubur mak.
"Dia ajak kami pergi karoke nak nyanyi kuat-kuat supaya tok boleh bangun dan dia ajak orang pergi kat mak kalau boleh hari-hari," tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya memberikan kata-kata semangat buat Sheila sekeluarga.