,
Laman Utama

Orang Muslim Tak Boleh Berada Di Tempat Sajikan Arak? Ini Jawapan Dr Zulkifli Al-Bakri!

Gempak
30/11/2023
07:55 MYT
Baru-baru ini seorang individu di Platform X mempersoalkan tentang muslim tidak boleh berada di tempat yang menyediakan arak.
Individu itu juga menyatakan, jika orang Islam tidak dibenarkan berada di tempat yang menyajikan minuman haram itu, mengapa masih wujudnya hotel-hotel yang menyediakan arak dan didiami oleh orang muslim.

BERITA TRENDING: Ini Kisah Arak Dari Korea Yang Diperbuat Daripada Najis Budak

“Awak tak boleh berada di tempat di mana arak disajikan… Kalau macam tu kenapa kita ada hotel di Malaysia,” persoal individu berkenaan.
Susulan kepada keraguan yang ditunjukkan, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi jawapan kepada persoalan tersebut.
“Ada dua bentuk pengharaman iaitu muharramat al-wasa’il (perkara yang dihukum haram kerana ia menjadi wasilah kepada perkara haram), dan muharramat al-maqasid (perkara yang haram pada zatnya). Muharramat al-wasa’il boleh jadi harus, atau makruh mengikut situasi. Muharramat al-maqasid adalah haram.
“Muslim menginap di hotel kerana ada urusan dan keperluan. Tidak ada Muslim yang menginap di hotel semata-mata untuk minum arak. Arak pula kebiasaannya dihidangkan di bar yang khusus, berasingan daripada tempat minuman panas dan sejuk lain,” tulis Dr. Zulkifli.
Dalam pada itu, beliau juga memberi contoh berkaitan tempat yang harus dan haram didatangi oleh seorang muslim.
“Hotel dan kapalterbang (sebagai contoh) adalah muharramat al-wasa’il. Maka, harus hukumnya kerana ada hajat. Asalkan tak bercampur dengan apa-apa majlis khusus yg dihidangkan arak, jika mampu.
“Pub, disko, kelab malam itu muharramat al-maqasid. Jelas di situ tempat dihidangkan arak dengan bebas, termasuk pelbagai aktiviti yang mungkin tidak selari dengan adab Muslim,” terangnya lagi.
1. Sabda Rasulullah SAW:
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يجلس على مائدة يدار عليها الخمر Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, jangan DUDUK pada hidangan di mana arak dihidangkan.
Ini… https://t.co/V5nEeBWR6R— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) November 29, 2023 Untuk rekod, Dr. Haji Zulkifli Mohamad merupakan bekas ahli Dewan Negara di Malaysia. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun 2020.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Unitar