Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Orang Muslim Tak Boleh Berada Di Tempat Sajikan Arak? Ini Jawapan Dr Zulkifli Al-Bakri!

Gempak
30/11/2023 07:55 MYT
Baru-baru ini seorang individu di Platform X mempersoalkan tentang muslim tidak boleh berada di tempat yang menyediakan arak.

Individu itu juga menyatakan, jika orang Islam tidak dibenarkan berada di tempat yang menyajikan minuman haram itu, mengapa masih wujudnya hotel-hotel yang menyediakan arak dan didiami oleh orang muslim.

BERITA TRENDING: Ini Kisah Arak Dari Korea Yang Diperbuat Daripada Najis Budak

“Awak tak boleh berada di tempat di mana arak disajikan… Kalau macam tu kenapa kita ada hotel di Malaysia,” persoal individu berkenaan.

Susulan kepada keraguan yang ditunjukkan, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi jawapan kepada persoalan tersebut.

“Ada dua bentuk pengharaman iaitu muharramat al-wasa’il (perkara yang dihukum haram kerana ia menjadi wasilah kepada perkara haram), dan muharramat al-maqasid (perkara yang haram pada zatnya). Muharramat al-wasa’il boleh jadi harus, atau makruh mengikut situasi. Muharramat al-maqasid adalah haram.

“Muslim menginap di hotel kerana ada urusan dan keperluan. Tidak ada Muslim yang menginap di hotel semata-mata untuk minum arak. Arak pula kebiasaannya dihidangkan di bar yang khusus, berasingan daripada tempat minuman panas dan sejuk lain,” tulis Dr. Zulkifli.

Dalam pada itu, beliau juga memberi contoh berkaitan tempat yang harus dan haram didatangi oleh seorang muslim.

“Hotel dan kapalterbang (sebagai contoh) adalah muharramat al-wasa’il. Maka, harus hukumnya kerana ada hajat. Asalkan tak bercampur dengan apa-apa majlis khusus yg dihidangkan arak, jika mampu.

“Pub, disko, kelab malam itu muharramat al-maqasid. Jelas di situ tempat dihidangkan arak dengan bebas, termasuk pelbagai aktiviti yang mungkin tidak selari dengan adab Muslim,” terangnya lagi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Untuk rekod, Dr. Haji Zulkifli Mohamad merupakan bekas ahli Dewan Negara di Malaysia. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun 2020.

Sumber: Platform X
#Viral #Islam #Arak
;