Hiburan

“Orang Panggil Jalak, Kena Tinggal Sebab Tak Cukup Perempuan” - Cik Manggis Kini Lawa Macam Barbie Doll

gempak
Mya Amri
22/06/2020
02:51 MYT
Sponsor Banner
“Orang Panggil Jalak, Kena Tinggal Sebab Tak Cukup Perempuan” - Cik Manggis Kini Lawa Macam Barbie Doll
Anggota kumpulan De Fam Cik Manggis mengenang kembali kisah zaman persekolahan.
Manggis berkongsi coretannya menerusi posting di akaun Instagram baru-baru ini.
Menurut Manggis, dia penah ditinggalkan kekasih kerana perwatakkannya yang kasar. Bagaimanapun kata Manggis pengalaman itu membuatkannya sedar dan mula menjaga penampilan diri.
Entri itu juga disertakan dengan foto perbezaan dirinya yang dahulu dengan sekarang.
“Sekolah rendah orang panggil Jalak. Sekolah menengah orang panggil Ali. Dulu pernah cinta monyet tapi kena tinggai sebab katanya kita tak macam perempuan (tambahan tak cukup cantik),” kongsinya.
A post shared by Cik Manggis | De Fam (@cikmanggis) on
Dalam pada itu Manggis juga turut menasihatkan supaya sentiasa yakin diri dan menjaga penampilan.
“Pedulikan kata orang, kita kena percaya yang kita ni cantik sebab memang semua manusia dijadikan cantik dan kacak.
“Bezanya rajin dan malas je nak jaga diri... Rupa, perwatakan dan warna kulit tidak penting. Yang penting punya peribadi dan hati yang baik.
“Sentiasalah jaga kebersihan diri sebab orang yang bersih ni automatik kacak,” kongsinya.
BACA: “Ni Paling Gempak Pernah Jumpa” – Barbie Challenge Cik Manggis Ini Memang Terpaling Superb!
Terdahulu, Cik Manggis sebelum ini mendapat perhatian selepas melakukan cabaran Barbie Challenge.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live