Francais Kampong Pisang yang mendapat sambutan ramai tampil dengan edisi Syawal iaitu Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa bermula 27 Mei lalu.

Selepas kejayaan meraih hampir RM5 juta di Astro First menerusi 18 Puasa di Kampong Pisang, penonton dihidangkan dengan gelagat mencuit hati mereka dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri menerusi filem muzikal ini.

Menerusi laman YouTube, ramai pengguna berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan orang negeri Perak, seperti yang diketengahkan oleh pengarah Mamat Khalid dalam filem ini.

“Orang Perak ni semua baik-baik dan peramah. Mak aku suka betul orang Perak. Tapi aku tak nafikan, dulu ada jumpa nenek cakap pure Perak kat negeri aku. Masuk hospital sama mak aku. Peramah bukan main, baik sangat. Suka dengar dia cakap pekat Perak,” komen seorang wargamaya.

“Saya orang Sarawak tapi study di Perak. Sekarang dah habis study, rindu makanan kat Perak. Memang ramah orang Perak ni lagi-lagi yang meniaga tepi jalan,” kongsi seorang pengguna.

“Setuju, kalau saya balik kampung kat Perak, sebiji orang Perak sembang macam dalam cerita ni. Jarang la diorang tak ramah. Yang penting diorang akan mengaku saudara kalau kita kata kampung kat Perak jugak haha,” usik seorang wargamaya.

“Walaupun datuk dan nenek moyang orang Perak ni banyak tauke lombong, tauke balak, jarang la jumpa orang Perak yang sombong,” kata seorang pengguna lagi.

Filem muzikal ini masih mengekalkan barisan pelakon utama Kampong Pisang seperti Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler.

Istimewanya lagi, edisi raya kali ini mengembalikan Datuk Awie sebagai teraju utama serta watak-watak baru yang digerakkan oleh penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.

Filem ini mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya.

Saksikan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 27 Mei 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang.