Pelawak dan penyampai radio, Johan, tidak ambil serius dengan pandangan skeptikal masyarakat tentang dirinya yang sering meletakkan harga mahal.

Johan berkata, rasanya sebelum ini juga dia pernah menegaskan yang dirinya bekerja untuk duit demi isteri dan anak-anak.

“I work for money. Saya ada keluarga untuk dijaga. Isteri dan anak-anak adalah keutamaan saya. Dari dahulu pun bila orang cakap harga saya mahal, saya tidak pernah ambil peduli.

“Yang saya tahu, jika harga saya dibayar tinggi…maka, komitmen yang akan saya beri adalah 120 peratus dan berbaloi dengan bayarannya.

Terbaru, Johan dan isteri bakal menjayakan teatear bangsawan berjudul ‘Malayu – Pawana Issabella’ arahan Erma Fatima.

Ditanya adakah dia dan isteri, Ozlynn Waty mengenakan bayaran pakej kerana berlakon bersama, perkara tersebut dinafikan Johan.

“Harga saya, harga sayalah. Kami tak ada istilah ‘buy one free one or two’,” jawabnya tegas.

Johan ditemui ketika majlis sidang media ‘Malayu – Pawana Isabella’ di bilik Seri Nilam, Istana Budaya baru-baru ini.

Selain Johan dan Ozlynn, Selain Janna, teater arahan Erma Fatima bersama pengarah muda Naque Ariffin itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Ziela Jalil, Datin Seri Umie Aida, Azar Azmi, Jay Iswazir, Shahronizam dan ramai lagi.

Teater tersebut akan dipentaskan di pentas Panggung Sari Istana Budaya bermula 21 Ogos hingga 31 Ogos ini.