Hiburan
"Orang Tahu Bercakap Je, Nampak Macam Senang Kan" - Raja Afiq Akui Kahwin Tak Mudah
Pelakon Raja Afiq mengakui perjalanan untuk mendirikan rumah tangga dengan Soffwany Yusoff yang berbeza jarak usia lima tahun tidak mudah.
Jelasnya, biarpun ada yang melihat perkahwinan mereka berlangsung tenang, hanya mereka berdua yang menyimpan kisah tersirat.
"Rasa macam tak percaya saja yang kita dah kahwin kan. Mesti orang lain nampak macam senang saja kan... hanya kita berdua saja yang tahu macam mana kan.
"Orang tahu bercakap saja tapi tak apalah cakap orang tu semua tak penting... yang penting sekarang ni kita dah halal," tulisnya menerusi Instagram.
Pada masa sama, pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Soffwany yang sudi menerima dirinya yang serba kekurangan sebagai suami.
"Apa pun husband nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima husband yang banyak kekurangan ini.
"Semoga jodoh kita sampai jannah dan cinta kita kekal sampai bila-bila aminn. Satu saja husband nak cakap I love you so much," tambahnya.
Raja Afiq berkongsi luahan tersebut di laman Instagram miliknya dan turut memuat naik video koleksi gambar serta rakaman mereka ketika awal perkenalan sehingga berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.
Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada 19 September lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor.
Must-Watch Video