,
Hiburan

"Orang Tu Pun Dah Nak Ada Baby, Kita Pun Ada Haluan Masing-Masing" - Sufian Suhaimi Mohon Peminat Berhenti Ungkit Kisah Silam

Amri Hassan
08/09/2019
02:57 MYT
Penyanyi Sufian Suhaimi memohon peminat setianya agar tidak lagi mengaitkan dirinya dengan kisah silamnya dengan individu tertentu yang kini sudah jelas punyai kehidupannya sendiri.
Jelas Sufian, tindakan individu yang menulis komentar di akauan Instagramnya baru-baru ini membuatkan dia terpanggil untuk menasihati netizen secara umum agar tidak mengulanginya lagi.
"Banyak saja sebenarnya komen-komen yang tak berapa positif yang biasa diterima di akaun media sosial saya tetapi saya biarkan saja berlalu pergi.
"Tetapi apabila seorang individu ini menyatakan tindakan saya selama ini kerana mahu membuatkan si dia rasa bersalah, benda itu sudah tak sepatutnya diungkit balik sebab cerita itu sudah terlalu lama.
"Orang itu pun sudah nak ada baby, kita pun sudah ada haluan masing-masing.
"Kalau nak bercakap pasal penampilan saya dan nak suruh saya gembira, saya okey. Kalau nak kata apa yang saya buat supaya nak pihak lain rasa bersalah, saya terpanggil untuk menjawab perkara itu supaya tak ada lagi orang yang mengulangi perkara yang sama.
"Kalau tengok konteks yang lebih besar pun, foto terbabit membawa maksud dan mesej yang jelas. Saya rindukan kawan saya, aktiviti diving dan pulau Tioman," katanya ketika ditemui pada Karisma Jelajah Suria di Central i-City Shah Alam semalam.
Dalam pada itu, kata Sufian dia telah memadamkan status terbabit disebabkan serangan warganet terhadap pengguna terbabit hingga disifatkannya seolah-olah buli siber.
"Saya sudah memadamkan komen itu apabila ada pula komen-komen balas yang berbaur negatif dan menggunakan bahasa kasar yang saya sendiri tidak gemar.
"Lebih mendukacitakan apabila komen-komen sedemikian datang daripada generasi muda terhadap mak cik itu.
"Saya rasa biadap sebenarnya apabila situasi itu berlaku di platform yang saya sediakan. Rasa tidak betul!" tambahnya.
Baru-baru ini, sekeping foto milik Sufian mendapat perhatian ramai apabila ada pengguna yang menyifatkan tindakan penyanyi lagu Di Matamu itu seperti cuba membuatkan individu tertentu rasa bersalah.
BACA: "Saya Boleh Ada Girlfriend Bila-Bila Saja, Cuma..." - Dituduh Belum Move On, Sufian Suhami 'Sekolahkan' Netizen
Sufian lantas membalas komen itu dengan menyatakan bahawa dia sudah lama move on dan boleh memiliki teman wanita pada bila-bila masa sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
Hiburan

Batik Corak Venom Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"

gempak
17/10/2024
18:53 MYT
Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Hiburan

Marshanda Dakwa Hidap Bipolar Sebab Tabiat Minum Kopi

gempak
16/10/2024
13:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Marshanda mendakwa dirinya menghidap masalah gangguan kesihatan mental, Bipolar kerana suka minum kopi.
Viral

Chef Selebriti Ditangkap Songlap Berlian, Emas Peminat Bernilai RM2.5 Juta

gempak
16/10/2024
07:50 MYT
Seorang chef selebriti yang pernah muncul dalam program masakan Top Chef dan Iron Chef di Thailand ditangkap pihak berkuasa tempatan kerana didakwa menipu dan mengambil barangan kemas milik seorang peminatnya.
BorakSeeni