Berita
"Orang Yang Suka Buat Fitnah & Reka Cerita, Boleh Tidur Lena Ke?" - Rita Rudaini 'Sekolahkan' Netizen
Pelakon Rita Rudaini mengakui kecewa apabila ada netizen yang tidak berpuas hati dengan kehidupan yang dikecapinya selama ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Rita menjelaskan dia tidak perlukan kontroversi murahan untuk menaikkan namanya dalam industri hiburan.
"Orang yang suka buat fitnah, reka cerita ni, saya terpikir. Boleh tidur lena ke? Tak rasa bersalah ke ada-adakan cerita? Macam mana boleh dapat idea untuk reka cerita?
"Saya pulak pening kepala pikir, bahagia ke hidup bila dapat reka cerita dan berita palsu? Puas kah hati? Tenang kah? Dapat ape? Pada yang reka cerita yang tak masuk akal dan cerita-cerita fitnah pada saya ni. Satu je saya nak bgtau. Saya ni tak hidup dengan kontroversi. Mungkin bagi sesetengah artis perlukan kontroversi untuk nama naik tapi bukan RITA RUDAINI.
"Dari mula saya belakon, niat saya hanya untuk cari rezeki sebab ini je lah kebolehan dan bakat yang ALLAH bagi pada saya untuk saya cari rezeki untuk diri sendiri untuk keluarga dan anak-anak.
"Saya nak berdengki dengan orang? Nak jeles? Lambat lagi. Saya dah pernah di gelar 'Primadona Drama Melayu' satu ketika dulu. Saya dah pernah merasa tapi itu tak penting bagi saya yang penting untuk saya hanyalah kepuasan dapat tunjukkn bakat dan duit untuk sara hidup dan keluarga.
"Pada yang tabur fitnah tu, silap orang la sebab tu saya jarang berada di karpet merah, di mana-mana event sebab saya memang tidak suka dan tak minat dengan glamer. Orang cakap tak boleh, you kena g event tunjuk muka biar orang nampak dan nama you tak jatuh. Sorry, itu bukan RITA RUDAINI.
"Saya takkan pergi ke acara kalau saya tidak kena bertugas. Saya lebih suka di rumah pada saya, apa ada pada glamer? Apa ada pada nama? Bukan itu yang saya cari tapi bila muncul dan di minta ke event or karpet merah, lain pulak cerita yang ditimbulkan tentang saya. Penatnya la haii.
"Nak cari rezeki pun salah. Saya jenis tak kacau orang dan tak peduli pun hal-hal dunia glamer ni, tapi orang tetap tak puas hati dengan saya. Jangan risau kawan, hidup saya simple saja, bertshirt, sluar jeans dan selipar ke mana saja.
"Rambut sanggul siput, tak bermakeup tak gah pun. Tak perlu risau, tak perlu takut. RITA RUDAINI hanya manusia biasa yang nak tumpang cari rezeki je bukan nak lawan sape lebih glamer, sape lebih lawa, sape lebih hebat. Hidup saya biasa je. Tak best pun, dok umah masak, cuci taik kucing, cuci baju, cuci kasut bola, antar anak sekolah, mop lantai, shopping barang dapur, tak ada shopping handbag mahal-mahal. Tak seronok pun. Tak payahlah gigih nak fitnah dan kontroversikan saya coz saya tak suka glamer. Industri kita bukan saja tenat tapi makin ramai orang busuk," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Rita dan berharap dia tabah menempuhi dugaan ini serta tidak melayan sikap netizen yang ingin sengaja mereka cerita buruk mengenai dirinya.