“Ouh cair, so sweet!”- Peminat Puji Saharul Ridzwan Sambut Hari Jadi Isteri

Syafiqah Jalal
Januari 28, 2018 05:25 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan mengadakan sambutan hari jadi istimewa buat isterinya, Deena Emir Jumaat lalu.
Saharul menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya berkongsi foto-foto sepanjang majlis itu berlangsung.
Majlis yang diadakan di sebuah hotel itu berlangsung dengan sangat romantis apabila Saharul dan isterinya duduk berdua diaturkan dalam satu set meja ala ‘candle light dinner’.
Meskipun mereka bersama bayinya, Ali yang duduk sama di meja tersebut namun momen-momen romantis makan malam itu tetap dapat dirakam.
Akhir sekali, Saharul membuat kejutan membawa isterinya ke bilik hotel yang penuh dengan kelopak bunga ros merah.
Sambutan hari jadi itu mendapat pujian peminatnya yang rata-rata mengatakan ia sangat romantis.
“Ouh cair...so sweet! Semoga kekal bahagia hingga jannah,” tulis salah seorang pengikut IG.
Berikut merupakan foto sekitar majlis tersebut:
#pelakon #Saharul Ridzwan #Birthday #Pelakon