Hiburan
"Our First Dinner Date Since..." - Nora Danish Terharu Kerana....
Pelakon Nora Danish menyambut hari kekasih dengan menikmati makan malam istimewa bersama suaminya, Nedim Nazri Aziz semalam.
Nora berkongsi momen manis itu menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya.
“Our first dinner date since 2016 hahah. Missing the rest of the crew. Thank you sayang for the lovely dinner and de gorgeous roses. Wifey is so happy. ❤️ I love u my Jannah. ❤️” tulisnya.
Sementara itu, Nedim juga turut berkongsi foto bersama isterinya dengan ucapan sweet.
“All I want to do is to make you happy.
“Last night dinner with my beautiful wife. She’s everything I’ve ever wished for. Alhamdulillah,” coretnya.
Walaupun ucapan ringkas, namun ruangan komen entri itu dihujani dengan komen-komen positif dan rata-rata pengikutnya melabelkan Nedim sebagai seorang suami yang romantik.
Terdahulu, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan putera sulung, Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim pada 22 Februari 2018.
Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.
Foto: Instagram @noradanish / @boss_ned
Must-Watch Video