Hiburan

Overthinking Jadi Punca Ryan Deedat Alami Anxiety

gempak
Kamaruddin Razal
21/07/2020
11:02 MYT
Sponsor Banner
Overthinking Jadi Punca Ryan Deedat Alami Anxiety
Penyanyi Ryan Deedat menceritakan pengalamannya berhadapan dengan masalah kebimbangan (anxiety).
Menutut Ryan, semuanya bermula dua hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
"Dua hari sebelum PKP dilaksanakan, saya mengalami pening kepala yg tidak henti.
"Saya mula ke klinik dahulu tapi mereka kata saya okay. Rasa pening itu berlanjutan sehingga lapan hari.
"Di hari keempat, saya pergi ke hospital melakukan x-ray, ujian darah dan sebagainya. Keputusan semuanya baik-baik sahaja.
"Doktor cakap semua okay dan dari situ, saya tahu yang saya mengalami masalah anxiety.
"Saya banyak buat kajian sendiri mengenai COVID-19 semenjak pandemik tersebut bermula di China. Disebabkan 'overthinking' yang teruk, membuatkan saya mengalami anxiety," katanya.
BACA: Ryan Deedat Kongsi Pengalaman Anxiety
Menceritakan pengalaman terbabit menerusi single terbarunya yang berjudul Menari Dalam Gelap, Ryan turut muncul dengan muzik video.
"Konsep muzik video ini mengangkat perasaan seseorang yang merasakan konflik di dalam dirinya serta perasaan kesunyian dan kebimbangan terhadap hidup.
"Ia diarahkan oleh Shukrimarch yang merupakan kawan saya sendiri. Kebetulan, dia juga mengalami anxiety. Jadi, kami berkongsi pengalaman kami dalam muzik video Menari Dalam Gelap.
"Untuk mereka yang mengalami perkara yang sama, kita harus sentiasa perlu tenangkan diri. Elakkan baca benda-benda yang negatif sebab perkara terbabit akan mempegaruhi minda dan akal kita," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024