Selebriti Thailand terkenal Bright, Win, Dew dan Nani bakal mengadakan sesi bertemu peminat yang pertama di Malaysia menerusi Shooting Star Asia Tour November depan.

Sesi bertemu peminat itu akan diadakan pada Sabtu, 5 November 2022 pukul 8 malam di Pusat Konvensyen Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Seperti semua sedia maklum, Bright Vachirawit, Win Metawin, Dew Jirawat and Nani Hirunkit berjaya menempa nama dan populariti di persada antarabangsa menerusi drama bersiri Boys Over Flowers versi Thailand.

Selepas sambutan hangat sesi bertemu peminat mereka di Thailand dengan semua tiket habis dijual, GMMTV mengumumkan empat sekawan ini akan memulakan siri jelajah Shooting Star Asia Tour mereka di beberapa destinasi termasuk Malaysia.

Menerusi sesi bertemu peminat yang bakal berlansung ini, para peminat bakal menyaksikan idola mereka menyanyikan lagu-lagu sensasi seperti Shooting Star dan Who Am I, selain berpeluang bergambar bersama idola mereka.



Tawaran eksklusif bergambar bersama kumpulan ini akan diberikan kepada pemegang tiket VIP (4:12) manakala bagi peminat yang membeli tiket CAT1 (4:20) dan CAT2 (4:25) bakal memenangi peluang untuk bergambar bersama idola mereka.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik seperti pengagihan poster autograf, poskad dan gambar rasmi edisi terhad kumpulan ini juga bakal diadakan khas buat para peminat.

Untuk maklumat lanjut, tiket akan mula dijual pada 12th Oktober, 2022 (Rabu) 11 pagi di https://www.ticket2u.com.my/. Harga tiket adalah seperti berikut - VIP RM688 | CAT1 RM588 | CAT2 RM488 | CAT3 RM388 (Tidak termasuk RM4 yuran tempahan).

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!