,
Laman Utama

PA Berjaya Kesan Wanita Dipercayai Tularkan WhatsApp Babitkan Neelofa

Mya Amri
30/12/2020
00:29 MYT
Pembantu peribadi (PA) selebriti popular, Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin mengesahkan sudah berhubung dengan individu yang dipercayai memuat naik paparan skrin WhatsApp tular membabitkan Neelofa dan PU Riz baru-baru ini.
Menurut Nadiah, dia sudah menyerahkan wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.
"Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita itu menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik.
"Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya. “Ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya," katanya seperti dilapor Harian Metro.
BACA: Individu Muatnaik Tangkap Layar Dakwa Neelofa Sudah Bernikah, Terkena Minyak Pengasih Dicari! Menurut Nadiah, dia tidak mengenali wanita berkenaan, apatah lagi pernah bertemu.
"Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya.
"Cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan PU Riz," katanya.
Terdahulu Nadiah mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz.
Nadiah menerusi Instagram Story miliknya, memuat naik foto dan meminta info daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan supaya tampil membantu pihaknya mengesan wanita itu.
Sebelum ini ,sebuah akaun Twitter dengan nama Syamirasafiya02 memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan kini berubat.
Menerusi perbualan itu juga, mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu memasukkan sejumlah wang ke akaun PU Riz atas tujuan tertentu.
Selain mendakwa pasangan itu sudah berkahwin di Kelantan.
Bagaimanapun Neelofa tampil menerusi satu kenyataan menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap sudah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya.
Kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.
Terdahulu, Neelofa dirisik oleh PU Riz pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Hiburan

“Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz

gempak
20/10/2024
07:55 MYT
Boleh dikatakan ramai orang mengikuti trend video ‘Thank you keteyki’ yang merupakan trendmark pempengaruh media sosial dari Thailand iaitu Aon Samrutai.
Hiburan

Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

gempak
18/10/2024
06:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Neelofa berkongsi bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya perkara itu diuruskan oleh suaminya, Haris Ismail.
Unitar