Individu yang juga pemilik akaun Twitter @syamirasafiya02 yang dipercayai pencetus tangkap layar perbualan Whatsapp melibatkan usahawan dan selebriti terkenal Neelofa dan tunangnya PU Riz menjadi tular, dicari.

Menerusi laman sosial Instagram Nadiah Khairuddin (pembantu peribadi Neelofa), memuat naik status di ruangan Insta Story mencari @syamirasafiya02.

Nadiah memohon orang ramai yang mempunya maklumat mengenai wanita yang menyebarkan berita tidak benar mengenai kontroversi melanda Neelofa tampil membantu.

Terdahulu, @syamirasafiya02 memuat naik ciapanbersama tangkap layar perbualan Whatsapp menceritakan tentang keadaan Neelofa yang kononnya sudah bernikah dengan PU Riz di Kelantan dan beberapa lagi tuduhan tidak berasas.

Antaranya terkena minyak pengasih PU Riz, dikurung di rumah ibu dan sedang berubat serta memasukkan wang sebanyak RM100,000 ke dalam akaun tunangnya itu.

Bagaimanapun menerusi pemerhatian Gempak, laman sosial @syamirasafiya02 'hilang dari radar' mungkin sudah dipadam atau dinyah aktif pemiliknya.

Namun tidak mustahil juga jika identiti wanita ini (gambar dan nama) disalahguna individu tidak bertanggungjawab mewujudkan akaun palsu untuk menyebar fitnah.


Semalam (Ahad) Neelofa tampil menjelaskan keadaan sebenar menerusi sebuah kenyataan media dan rakaman IGTV.

Pemilik jenama Naelofar itu turut meminta orang ramai menghentikan spekulasi dan mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Neelofa turut menjelaskan kedua-dua buah keluarga kini sedang berbincang mencari titik penyelesaian.

BACA:

Ibu & Adik Beradik Unfollow, Delete Foto Pertunangan...Viral Whatsapp PU Riz, Neelofa Sudah Bernikah?

Neelofa Nafi Sudah Berkahwin, Beri RM100,000 & Terkena Minyak Pengasih PU Riz

Jawab Dakwaan Karut, Neelofa Tak Jelaskan Status Pertunangan Dengan PU Riz