Pa... Papa Tengah Buat Apa Dekat 'Sana'? - Nukilan Sayu Rebecca Nur Al Islam Rindu Arwah Bapa

Mya Amri
Jun 16, 2017 04:42 MYT
Bakal menyambut kedatangan Syawal tanpa kehadiran bapa tersayang ternyata amat sukar bagi pelakon, Rebecca Nur Al Islam.
Menerusi beberapa entri terbaru akaun Instagram (IG)nya jelas menunjukkan aktres itu sedang berusaha untuk menyesuaikan diri menjalani kehidupan tanpa arwah bapanya.
"Tempat duduk arwah... Allahyarham papa meninggal dalam keadaan duduk di kerusi kegemarannya ini. Arwah sedang duduk dan dalam keadaan seperti sedang tidur.
"Pa.... Papa tengah buat apa tu kat sana? Mesti dikelilingi sahabat baru yang soleh dan disayangi Allah S.W.T. InshaAllah, indah rumah baru papa. Ameen AllahHumma Ameen," tulisnya.
Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #Mrsazam, #mydaddy, #05062017, #papapergiselamanya dan ##syurgatempatmu.
Rebecca juga turut menceritakan detik-detik terakhir bapanya sebelum meninggalkan mereka sekeluarga.
"Motor kesayangan arwah, motor inilah yang dibawa arwah hari terkahir sebelum arwah papa meninggalkan saya buat selamanya.
"Pukul 3.30 petang orang kampung dan teman rapat saya nampak arwah pergi tuang minyak dan beli air tin laici untuk berbuka.
"Ya Allah Ya Rasulullah, pukul 4.40 petang abang datang rumah dan lihat arwah duduk di sofa dan dah pergi buat selama-lamanya.
"Pa sungguh mudah papa pergi meninggalkan mama dan anak-anak semua. Allah lebih menyayangi papa dari kami semua. Papa pegi di bulan yang baik, 10 Ramadan.
"Hati ini rasa marah tapi apakan daya adik kena redha dengan ketentuan Allah yang ingin meletakkan papa ke dalam rumah yang lebih indah dari dunia yang penuh pancaroba.
"Saya akan sentiasa merindui papa till jannah. Sampai tuhan temukan kita semula dengan papa di syurganya tanpa hisab. I love you pa....," tulisnya.
Bapa Rebecca menghembuskan nafas terakhir pada 5 Jun lalu.
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Meninggal Dunia #Pelakon #Rebecca Nur Al Islam