Laman Utama

“Padahal Duduk Rumah Je”- Aeril Zafrel Positif Covid-19 Kali Ke-2

Syafiqah Jalal
04/08/2021
23:46 MYT
Pelakon Aeril Zafrel terkilan apabila dijangkiti Covid-19 buat kali kedua meskipun akui hanya berada di rumah.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 32, berkata dia juga musykil dari mana jangkitan itu didapati.
“Positif Covid-19 lagi. Tahun ini dah dua kali kena, padahal duduk rumah sahaja.
“Ada yang macam ni? Duduk rumah pun positif,” katanya.
Suami kepada pelakon yang juga usahawan, Wawa Zainal itu berkongsi berita duka tersebut menerusi satu hantaran di Instagram (IG) semalam.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya turut memberi respon kepada kemusykilannya.
“Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Aeril. Pelik kan duduk rumah pun boleh kena.
“Boleh kena jua melalui udara, sebab ada kes tak kemana-mana pun boleh kena dan meninggal dunia kerana Covid ini,” tulis komen salah seorang netizen.
Pun begitu, Aeril tidak memperincikan situasi jangkitan Covid-19 anggota keluarganya yang lain.
Namun meninjau ke IG Story Wawa memberitahu menerusi ujian RTK (Rapid Test Kit) dia dan anak-anak menunjukkan keputusan negatif.
Bagaimana pun mereka akan melakukan ujian calitan atau swab test selepas ini untuk memastikan sama ada mereka turut dijangkiti.
Terdahulu, pelakon filem pelakon filem 7 Petala Cinta itu disahkan positif virus tersebut pada Januari awal tahun ini selepas menjalani saringan di sebuah klinik swasta di ibu kota.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Hiburan

“Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

gempak
25/07/2024
02:08 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dirinya kelihatan menggeletis dengan aktor, Aeril Zafrel.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.