Penyanyi Bella Astilah dikecam gara-gara memuat naik gambar dengan hanya berkain batik ketika sesi mengurut dalam pantang di laman Instagram.

Bella dalam kemas kini tersebut memberitahu dia kini sudah selesai menjalani proses berpantang.

“Akhirnya saya selesai berpantang. Saya kini kembali,” katanya.

Entri tersebut mendapat kecaman dari netizen yang rata-rata tidak senang dengan foto berkemban yang dimuat naik.

“Kalau ya pun nak promote tolonglah tutup lah sikit aurat.

“Tak elok share picture macam ni.

“Dunia...gambar macam ni pun perlu ke nak post

“Kak Bella delete lah aurat,” tegur netizen di ruangan komen.

Pun begitu, Bella tidak membalas komen-komen tersebut sebaliknya hanya mendiamkan diri.

Bella rujuk kembali dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz selepas bercerai pada 16 Mei 2019.

Pasangan ini dikurniakan Ayden Adrean, 3, dan Ara Adreanna yang baru berusia 2 bulan.

Finally, I’m done pantang. IM BACK ?? How fast time flies, kami akan merindui kak Qaseh. Hanya 44 hari tapi rasa mcm dah kenal 4 tahun☺️ Kak Qaseh sangat sangat sangat rajin & baik hati MashaAllah. Saya sangat beruntung, Alhamdulillah:) Service yang disediakan oleh @natalismothercare mmg best sangat! Indescribable. Setiap hari selama 44 hari makanan disediakan oleh kak Qaseh daripada breakfast, lunch & minum petang dan setiap hari akan ada sesi bersauna, tangas, urut, tungku, scrub. Sehari 2 kali (Pagi & Petang) BEST SANGAT! Ibu2 yang bakal bersalin boleh dapatkan khidmat @natalismothercare akan dijaga bak puteri raja??‍♀️ Paling best pakej 44days. Book untuk wife/ibu/kakak/adik or kawan korang. Surprise them with this. Sangat berbaloi?❤️

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on