Nampaknya, kenyataan berani mati bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad yang menolak ‘Allah ada di mana-mana’ telah menarik perhatian Menteri Agama, Idris Ahmad.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Idris menggesa pihak berkuasa agama Islam negeri untuk mengambil tindakan terhadap Suhaimi atas kenyataannya tempoh hari.



“Jangan pula kata kenapa Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) tidak ambil tindakan terhadap perkara ini, kerana dalam soal agama, kita hormat bidang kuasa negeri.

“Dalam kes ini, kita akan minta pihak pengurusan agama negeri selesaikannya,” katanya.

BACA: Netizen Naik Jijik, Gelar Suhaimi Saad Kambing Kepam Tak Mandi Sebab Kongsi Kisah Dalam Kain, Onani

Idris menambah, tidak sepatutnya wujud individu atau kelompok sedemikian pada era perkembangan ilmu pada masa kini. Tambah beliau, golongan seperti itu hanya wujud pada sekitar tahun 60-an dan 70-an.

Kata Idris, beliau berharap perkara tersebut tidak melarat dan meminta pengurusan agama negeri terbabit memanggil dan memberi nasihat kepada Suhaimi. Jika dia berdegil, barulah tindakan undang-undang akan diambil.

Meninjau komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen di sebuah forum hiburan, ramai yang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri agama berkenaan.

“Wahh finally... Mohon Jabatan Agama Negeri bertegas ye bab ni, jangan sekadar melepas batuk kat tangga... Mesti sohai menggeletar gigi ketakutan dan tidur menyorok belakang yenna seminggu dua ni,” tulis netizen.

“Elok compile kan ajaran sesat dia. Antara yang I ingat dia cakap kalau dia marah, Tuhan pon marah. Ko sapaaa?” luah seorang lagi netizen.

“Padan muka... dah la busuk ada hati nak mengunyit.. Yekkkk,” kongsi seorang lagi pengguna forum.

Terdahulu, menerusi hantaran di Facebook, Suhaimi yang menggunakan nama Mosus menulis tentang tujuh perkara yang ditolak olehnya iaitu Allah ada di mana-mana, vaksin, Bumi bola, sistem demokrasi, sistem perbankan riba, sistem pendidikan dunia serta ganja dan ketum berbahaya.